KTM kini larang penumpang bawa basikal bagi laluan komuter Utara dari Butterworth ke Padang Besar

KTM kini larang penumpang bawa basikal bagi laluan komuter Utara dari Butterworth ke Padang Besar

Berkuatkuasa semalam, 1 Mei, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak lagi membenarkan penumpang untuk membawa basikal – termasuk basikal lipat – ke dalam komuter pada laluan dari Butterworth ke Padang Besar. Namun, perkara ini tidak melibatkan perkhidmatan pada laluan Butterworth-Padang Rengas-Butterworth, lapor The Star.

Menjelaskan perkara itu dalam satu kenyataannya, KTMB memaklumkan bahawa peningkatan kadar penumpang ketika ini menjadi sebab utama arahan itu dikeluarkan. “Pengharaman (basikal) ini adalah untuk kepentingan, keselamatan serta keselesaan penumpang. Ia juga selepas meneliti maklum balas daripada penumpang.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan serta kelompok berbasikal lainnya yang selama ini menggunakan perkhidmatan kami, dan ingin memohon maaf di atas kesulitan ini,” seperti yang tertulis dalam kenyataan KTMB yang dikeluarkan.

“Kami membenarkan penumpang membawa basikal sejak awal perkhidmatan ini dimulakan pada September 2015. Ketika itu, hanya 500 penumpang direkodkan menggunakan perkhidmatan kami secara harian. Namun angka itu kini meningkat kepada 11,000 sehari,” memetik kenyataan berkenaan.

Pengharaman ini dikeluarkan dalam tempoh hampir setahun selepas KTM memperkenalkan program Ride n’ Ride untuk menggalakkan penumpang membawa basikal mereka sekali. Sebagai rekod, bagi tempoh Jun 2016 hingga Mac 2017, sejumlah 10,173 penumpang membawa bersama mereka basikal ketika menggunakan perkhidmatan komuter laluan Utara berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required