Kemudahan R&D Proton akan diangkat sebagai pusat kecemerlangan global Geely yang kelima di dunia

Kemudahan R&D Proton akan diangkat sebagai pusat kecemerlangan global Geely yang kelima di dunia

Zhejiang Geely Holding Group adalah sebuah syarikat yang besar, dengan pada tahun 2016, ia mencatat pendapatan sebanyak 30.4 bilion USD (RM130 bilion), dan mempunyai empat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama iaitu di Hangzhou dan Hangzhou Bay, China, Gothenburg, Sweden dan Coventry, England.

Setelah menandatangani perjanjian sebagai rakan strategik asing (FSR) Proton, Geely juga menyatakan bahawa akan menjadikan pusat R&D Proton (yang akan dipindahkan dari Shah Alam ke Tanjung Malim) sebagai satu lagi pusat kecemerlangan global syarikat itu.

Empat pusat R&D Geely sekarang dikatakan menggunakan khidmat 7,000 pekerja, dan selain daripada itu, ia juga mempunyai empat studio rekaan – di Shanghai, Gothenburg, Barcelona dan California. Bagi empat studio rekaan ini, ia menggunakan khidmat lebih 500 pereka secara keseluruhan. Turut dinyatakan, bagi pasukan pembangunan enjin, terdapat 2,000 pekerja penyelidikan.

Ternyata, rangkaian kemudahan Geely ini cukup kuat, dan Proton juga sepatutnya boleh mendapat manfaat daripada transformasi kemudahan mereka menjadi sebuah pusat kecemerlangan berstatus global. Walaupun begitu, tugas yang akan dipikul oleh Proton dengan status ini masih belum dijelaskan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Kami rakyat msia harap, yang terbaik proton akan buat bersama-sama dengan rakan baru ini.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Pok anjang on May 25, 2017 at 2:27 am

    Diharap Proton pertingkatkn standard dan kualiti bersama rakan baru ini.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required