Baru saja semalam kami melaporkan terdapat sebuah Perodua Myvi dikesan memandu lawan arus di KM34 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran R&R Kulai menghala arah utara. Seperti yang dijangka, ia pasti akan ‘berjangkit’ kepada pemandu lain yang bertindak perkara yang sama.

Klip video berdurasi 40 saat di atas merakam sebuah kereta sedan turut memandu lawan arus, kejadian yang dikatakan berlaku malam tadi di KM2.7 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) ini sedang tular di laman media sosial.

Difahamkan pemandu terbabit tersilap memasuki laluan di Plaza Tol Sungai Nyior. Walau pun menyedari tersilap laluan, namun pemandu terbabit terus memandu sehingga ke Seberang Jaya. Walau bagaimana pun, sehingga kini tiada laporan lanjut mengenai perkara ini.