Harga SUV Proton di bawah RM100k – Ong Ka Chuan

Harga SUV Proton di bawah RM100k – Ong Ka Chuan

Selepas dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia Jumaat lalu, minat orang ramai terhadap Geely Boyue yang disahkan akan menjadi model pertama akan diperkenalkan hasil kerjasama Proton-Geely. Pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran orang ramai, begitu juga banyak pertanyaan yang belum terjawab berkaitan hal itu.

Antara soalan yang paling kerap ditanyakan ialah berapa harga model itu nanti akan dijual, serta bila ia akan menjengah pasaran tempatan. Dalam sidang media Proton-Geely minggu lalu, belum ada kata putus yang diberikan. Jawapan yang diberi ialah “semua itu masih dalam peringkat perbincangan dan perlu diperhalusi lagi”.

Bagaimanapun, Menteri MITI Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan di dalam satu laporan oleh China Press menyatakan, SUV Proton daripada model Boyue itu akan dijual di bawah harga RM100,000, dan dijangka akan masuk pasaran dalam tempoh dua tahun lagi.

Harga SUV Proton di bawah RM100k – Ong Ka Chuan

Dalam laporan yang sama, Ong menyatakan kerajaan Malaysia akan menjadikan struktur cukai yang lebih terbuka (liberalise) untuk menggalakkan pelaburan luar masuk ke dalam negara. Ia juga sebagai menepati perjanjian WTO dan ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang antaranya bertujuan untuk menurunkan kadar duti eksais terhadap kenderaan.

Geely Boyue di China dijual pada harga 110,000 yuan (RM69,537), dan kemungkinan harga itu akan meningkat sekitar 10-20% daripada jumlah itu untuk pasaran Malaysia nanti – antaranya disebabkan GST dan cukai lain yang ada kini. Bagaimanapun, masih belum disahkan sama ada model itu nanti akan dibawa masuk terus dari China (CBU) atau pemasangan tempatan (CKD).

Ketika sidang media khas minggu lalu, Proton menyatakan akan memperkenalkan model SUV berkenaan secepat mungkin, namun perincian tentang sama ada untuk memasarkan unit CBU dengan sebahagian peratusan penggunaan komponen tempatan turut akan dipertimbangkan.

Harga SUV Proton di bawah RM100k – Ong Ka Chuan

Di China, Boyue ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 2.4 liter empat-silinder (162 hp/210 Nm) dan 1.8 liter turbo (163 hp/250 Nm). Pilihan kotak gear pula ialah manual enam-kelajuan atau automatik klac berkembar, bergantung kepada pilihan enjin.

SUV lima-tempat duduk ini berukuran 4.5 meter panjang (Honda CR-V 4,584 mm), dan direka oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury yang kini mengetuai studio rekaan Geely. Apa pandangan anda sekiranya harga SUV Proton itu nanti benar-benar di bawah RM100,000? Adakah ia berbaloi?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • sham serena on Jun 28, 2017 at 6:31 pm

    sangat2 berbaloi….. harap betul2 bawah 100k… confirm laku mcm goreng pisang…. proton kena cepatkan pelancarannya…. dua tahun lama sgt….

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  • Alson P on Jun 29, 2017 at 8:02 pm

    Jika rebadge proton jangkaan harga dalam julat Rm91k hingga rm109k OTR termasuk insurance Dan GST.. Selewat²nya dilancarkan sebagai Proton SUV pada 2019 atau mungkin lebih cepat lagi jika permintaan menggalakkan.. Berkemungkinan menggunakan enjin 1.8L TGDI sahaja, kerana sistem cukai jalan di Malaysia, yang mana enjin berkapasiti lebih 2000cc akan meningkat lebih drastik..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • mus July on Jun 30, 2017 at 10:17 am

    bagi pilihan 7 seater.. pasti laku keras.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Wan tien kwang on Jun 30, 2017 at 3:53 pm

    Tempoh lebihkurang 2 tahun lagi baru nak bawa masuk model ni…? Lepas peluang lagi.. Setiap kali Proton akan war warkan model baru tapi ambil masa lama untuk lancar.. Pihak lawan telah banyak kali kalahkan proton dalam game ini dengan terlebih dahulu melancar model mereka… Learn from previous many mistakes please proton.. Strike when iron hot.

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
    • True! 2 tahun agak terlalu lama. Perubahan pasaran dan saingan banyak boleh berlaku dalam masa 2 tahun

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • zakaria bin ayob on Jul 02, 2017 at 10:13 am

    kalau bawah 80k full spec ok la….5 years free maintenance lagi laju orang beli.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 3
  • alalal on Jul 02, 2017 at 2:18 pm

    show engine

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • tau dh..mst 99k hrga dia

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Zaniwa on Aug 10, 2017 at 9:49 am

    Terbaik utk setakat ni. Kalau betul harga below 100K, pastinya mcm pisang goreng panas. Percepatkan pemasarannya, 2 tahun lagi tu terlalu lama. kalau tak, competitor akn bertindak lebih cepat & lebih bijak.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Kalau fikirkan keperluan rakyat dgn harga dibawah rm 75+++kebawah saya rasa ianya laris seperti pisang goreng panas

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • haval h2 dah keluar.. bile knight nak kuar ni????

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Tang Loon Seng on Jun 05, 2018 at 4:25 pm

    Kalau harga kurang dari RM 100,000 adalah sangat berbaloi bagi sebuah suv yang berinjin paling kecil 1800cc kuasa turbo yang bermakna harga bagi 1cc hanya 60sen. Harga ini tidak boleh di tandingi oleh syarikat Barat, Jepun atau
    Korea yang sarat hutang dan terpaksa campur hutang keatas harga kos asal kereta mengakibatkan mereka jaja harga tinggi yang terpaksa dibayar peminat tegar mereka sebagai
    bayaran untuk KELAS.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Noraditah on Jul 05, 2018 at 10:15 am

    Nak book

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • SARJIT on Jul 06, 2018 at 4:59 pm

    yes, Im interested to know more about this car.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Chew HY on Aug 01, 2018 at 4:23 pm

    Please spare an appointment for me to test drive Audi 8, at Cheras area.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required