VIDEO: Pejalan kaki dirempuh m’sikal yang mencelah

Jalan raya adalah laluan yang dikongsi bukan sahaja pelbagai jenis kenderaan, tetapi juga ada kalanya pejalan kaki yang mahu melintas. Selain mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, satu lagi cara terbaik untuk memastikan keselamatan adalah dengan diri sendiri sentiasa mengambil langkah berhati-hati.

Dalam video rakaman daripada sebuah kenderaan ini, dapat dilihat seorang pejalan kaki wanita dirempuh oleh sebuah motosikal yang sedang mencelah di antara kenderaan dalam kesesakan trafik. Bukan menyalahkan sesiapa, tetapi kita boleh berusaha mengelakkan kejadian seperti ini dengan melihat setiap arah sebelum melintas, manakala penunggang motosikal pula boleh mengurangkan kelajuan dalam keadaan tersebut.

Ini kerana apabila berada di antara kenderaan, penglihatan agak terhad dan apabila berlaku perkara yang tidak dijangka, masa tindak balas semakin pendek dan kenderaan juga tidak mempunyai kemampuan untuk mengelak. Lebih baik lagi, bagi pejalan kaki, jika ada lintasan khas untuk menyeberang, gunalah. Ia disediakan untuk menjaga keselamatan anda.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required