Insiden buli di jalan raya dikesan di Subang Jaya

Satu lagi kes buli jalan raya telah dikesan, kali ini berlaku di Subang Jaya. Menerusi rakaman video dashcam yang tular di Internet, Perodua Myvi hijau ini kelihatan cuba menakutkan pemandu kenderaan yang merakamkan aksi tersebut dengan pemanduan yang berbahaya dan tidak berhemah.

Antara aksi berbahaya yang dilakukan oleh pemandu Myvi berkenaan termasuklah memotong kenderaan secara mengejut, dan mengundur kenderaan secara rapat serta membuat keadaan trafik terhalang angkaranya. Walau pun pemandu yang merakamkan video ini cuba mengelak dan menggunakan laluan lain, namun pemandu Myvi berkenaan seakan tidak berpuas hati, dan mengejar kembali serta melakukan beberapa aksi pemanduan yang tidak berhemah itu.

Malahan pemandu Myvi itu juga dilihat memotong barisan kenderaan lain yang ingin memasuki jalan menghala ke USJ, serta memotong kenderaan dari bahagian kiri yang sepatutnya adalah laluan untuk pemandu yang menuju ke arah Sunway/SS15.

Aksi ‘tidak puas hati’ ini bermula apabila pemandu yang merakamkan video tersebut telah membunyikan hon apabila Myvi ini dilihat memotong barisan, lantas dari situ mungkin perasaan amarah terus meledak dan terjadilah adegan provokasi ini.

Ketika kedua-dua kenderaan berkenaan melintasi pejabat pos SS15, pemandu Mvi berkenaan cuma melakukan ‘trik mengundur’ beberapa kali (mungkin dengan harapan pemandu yang merakamkan video ini yang berada di belakangnya rasa cemas dan takut), sehinggalah seorang pemandu lain turun dari kenderaannya dan menyuruh agar pemandu Myvi berkenaan lekas beredar kerana perbuatannya itu telah menghalang lalu lintas. Mujur juga pemandu yang merakamkan video ini tidak bertindak melulu atau membalas balik perbuatan tersebut, malah cuba menggunakan laluan lain bagi mengelakkan konfrastrasi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required