Akademi Automotif Volkswagen beri fokus terhadap pembangunan tenaga kerja tempatan berkemahiran

Akademi Automotif Volkswagen beri fokus terhadap pembangunan tenaga kerja tempatan berkemahiran

Volkswagen Malaysia mengambil langkah tersendiri untuk mempertingkatkan daya saing khidmat lepas jualan jenama itu dengan pembukaan secara rasmi Akademi Automotif Volkswagen, hari ini. Dengan lokasi di Glenmarie, Shah Alam, ia bermatlamat untuk menjadi pusat latihan jualan dan lepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap untuk jenama itu.

Dibangunkan dengan keluasan 14,117 kaki persegi, pusat latihan ini mampu menempatkan sehingga 150 orang setiap hari. Pelatih akan menjalani program-program intensif, merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalankan, oleh 13 orang kakitangan latihan yang berdedikasi. Modul-modul latihan yang disediakan termasuk kemahiran insani, amali, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi.

Bagi latihan lepas jualan, terdapat kemudahan dua ruang servis dan dua pusat servis tekninal (TSC) disediakan. Semua perkakasan yang diperlukan untuk menyokong kerja-kerja yang ada turut tersedia; antaranya mesin jajaran roda, pengubah suai lampu utama, pengangkat, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan peralatan. Semuanya diiktiraf oleh Volkswagen AG, khusus untuk pasaran Malaysia.

Selain itu, satu bilik khas untuk melatih hal-hal pengurusan alat ganti juga disediakan. Pelatih akan dilatih secara praktikal serta simulasi tentang kaedah terbaik untuk mengurus, menyimpan serta mengkategorikan alat ganti yang ada.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu bahawa Akademi Automotif Volkswagen adalah bukti terhadap komitmen VPCM untuk terus meningkatkan serta mendidik anak-anak tempatan dan para pengedarnya. “Akademi Automotif Volkswagen ditubuhkan dengan misi untuk menawarkan pendidikan berkualiti serta membangunkan tenaga kerja dengan standard global yang cemerlang dan mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru dalam industri automotif.

“Melalui Akademi ini, ia menjadi satu langkah penting buat VPCM untuk merealisasikan falsafahnya dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan nilai tambah kepada para pelanggan,” katanya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required