Chevrolet Colorado ZR2 berlumba buat kali pertama – guna enjin V6 3.6L asal, modifikasi oleh Hall Racing

Chevrolet Colorado ZR2 berlumba buat kali pertama – guna enjin V6 3.6L asal, modifikasi oleh Hall Racing

Chevrolet Colorado ZR2 adalah sebuah model yang berbeza berbanding Colorado biasa. Ia mempunyai jarak roda 3.5 inci lebih lebar, suspensi 2.0 inci lebih tinggi, dilengkapi functional rocker dan bampar yang diubah suai untuk lebih keupayaan melalui jalan mencabar. Model yang dipasarkan di Amerika Syarikat ini dikuasakan oleh enjin V6 3.6L.

Ia dianggap begitu berkeupayaan dan telah dipilih oleh pasukan Hall Racing untuk digunakan dalam perlumbaan offroad paling jauh di Amerika Syarikat iaitu “Vegas to Reno”, dalam kelas 7300 – untuk pikap saiz sederhana dan MPV produksi. Sudah tentu, untuk memastikan prestasi yang optimum dalam perlumbaan mencabar, kenderaan ini telah diubah suai.

Antara bahagian yang dinaik taraf oleh Hall Racing adalah roll-cage, tangki minyak lumba 167 liter, tempat duduk dan tali pinggang lumba, lampu KC HiLites jenis perlumbaan, radio dua hala dan sistem GPS. Enjin serta transmisi automatik lapan kelajuan trak ini masih dikekalkan, tetapi penyerap hentakan Multimatic DSSV ZR2 telah diubah suai.

Secara asalnya juga, Colorado ZR2 V6 3.6L mempunyai pelbagai kelengkapan lain seperti electronic locking differential di hadapan dan belakang, pilihan beberapa mod offroad, transfer case Autotrac, kuasa 308 hp dan tork maksimum 373 Nm.

Acara Vegas to Reno ini akan melibatkan saingan lebih 350 peserta, mereka akan melengkapkan perlumbaan sejauh 885 kilometer dari Las Vegas ke Reno, Nevada. Permukaan yang akan dilalui semuanya adalah offroad, tetapi dengan pelbagai jenis keadaan seperti tanah tandus, batu-batu kasar, tasik yang kering dan mendaki bukit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required