Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bakal gubal polisi baharu tangani masalah kereta terbiar

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bakal gubal polisi baharu tangani masalah kereta terbiar

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bakal menggubal polisi baharu bagi menangani masalah kereta-kereta lama yang ditinggalkan dan terbiar di tepi-tepi jalan, lapor The Sun.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kereta-kereta berkenaan bukan sahaja merencatkan pemandangan, malah ia turut mengundang masalah lain seperti menjadi tempat untuk nyamuk dan tikus membiak.

Beliau turut menyatakan masalah ini penting untuk diatasi walaupun tugas untuk menggubal polisi baharu berkenaan agak rumit, ditambah pula dengan jurang antara pihak berkuasa seperti kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan yang menggagalkan usaha-usaha sebelum ini.

“Kami belajar dari kesilapan menerusi kegagalan dalam usaha-usaha sebelum ini. Kali ini kami akan berhubung dengan semua yang terlibat untuk mengatasi masalah ini,” tegasnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required