Harley-Davidson tamatkan kerjasama dengan Naza Prestige Bikes sebagai pengedar rasmi di Malaysia

Harley-Davidson tamatkan kerjasama dengan Naza Prestige Bikes sebagai pengedar rasmi di Malaysia

Selepas hampir 10 tahun bekerjasama dengan Naza Prestige Bikes, Harley-Davidson telah mengumumkan melalui laman Facebook mereka bahawa perjanjian pengedaran melalui syarikat tempatan tersebut telah ditamatkan. Mulai daripada itu juga, syarikat pengeluar motosikal dari Amerika Syarikat tersebut sedang mencari rakan pengedar baru.

“Kami ingin berterima kasih kepada Naza Prestige Bikes Sdn Bhd untuk kerjasama yang hampir mencecah selama 10 tahun ini, dengan mengambil tugas mengedarkan motosikal Harley-Davidson dan membina kumpulan pemilik yang setia,” kata pengarah urusan Harley-Davidson China, India dan pasaran Asia membangun, Peter Mackenzie.

Merujuk kepada status yang dimuat naik dalam Facebook itu juga, Harley-Davidson Asia memberitahu sedang menguruskan peralihan pengedar ini, dan akan terus memperkenalkan model baru yang lebih menarik, bersama alat ganti dan aksesori berkaitan.

Berkaitan jaminan dan khidmat sokongan untuk pemilik sedia ada, syarikat itu memberitahu mereka boleh menghantarkan emel kepada [email protected] dan setia menunggu pengumuman untuk wakil pengedar rasmi baru di Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required