Perodua Myvi generasi baharu dilancar tahun ini?

Perodua Myvi generasi baharu dilancar tahun ini?

Perodua Myvi generasi baharu mungkin akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini, sekiranya maklumat yang disiarkan pada laporan The Sun adalah tepat. Unit penyelidikan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF Research) meramalkan kereta ikonik Malaysia berkenaan akan muncul untuk versi generasi ketiga tahun ini, seterusnya memperkuatkan semula jumlah jualan sektor automotif tempatan pada separuh kedua 2017.

Masih lagi belum jelas apa yang akan Perodua lakukan untuk Myvi baharu ini, namun apa yang pasti model sedia ada kini sudahpun berusia enam tahun dalam pasaran dan ianya sudah masa untuk digantikan. Tambahan pula Toyota Passo dan Daihatsu Boon generasi terkini sudah pun dilancarkan di Jepun setahun lalu, dan berkemungkinan besar Perodua turut akan menghasilkan versi mereka sendiri tidak lama lagi.

Myvi generasi seterusnya ini dijangka akan menggunakan barisan enjin siri NR Toyota dengan kapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter, termasuk enjin 1NR-VE 1.3 liter Dual VVT-i berkuasa 94 hp/121 Nm yang kini berada dalam perut Perodua Bezza. Enjin-enjin berkenaan bakal dipadankan dengan pilihan kotak gear sama ada manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan elektronik E-AT.

Model baharu tersebut juga dijangka bakal diperkenalkan dengan ciri-ciri yang ada pada Bezza seperti sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, sistem auto start/stop serta kawalan kestabilan kenderaan (VSC) pada model-model varian tertinggi.

Boleh jadi juga model baharu ini bakal dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan aktif seperti brek kecemasan dan amaran keluar laluan memandangkan Perodua pernah dijumpai menguji Daihatsu Move Custom yang dilengkapi sistem Smart Assist II sebelum ini.

GALERI: Toyota Passo 2016

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required