Suzuki tayang model konsep Xbee di Tokyo Okt ini

Suzuki tayang model konsep Xbee di Tokyo Okt ini

Suzuki sedang gigih mempersiapkan barisan model konsep untuk dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017 yang bakal berlangsung hujung Oktober ini, termasuklah crossover wagon yang dikenali sebagai Xbee (disebut sebagai “crossbi”). Berasaskan Hustler, tiga varian akan dipertontonkan iaitu standard, Xbee Outdoor Adventure dan Xbee Street Adventure.

Varian berwarna kuning yang dilihat menerusi foto di atas ini, cukup sesuai untuk pilihan gaya hidup terkini. “Dari gaya hidup di bandar hinggalah ke alam semulajadi,” Suzuki berkata crossover wagon kompak ini menawarkan ruang kabin yang luas, beberapa kemudahan pengendalian dan fungsi umpama SUV. Bampar baharu dan pelindung plastik tambahan turut menyerlahkan lagi imejnya.

Bagi Xbee Outdoor Adventure berwarna beige ini pula “direka untuk mereka yang gemar berkhemah.” Model konsep ini lebih kurang sama dengan standard Xbee, tetapi ditampilkan dengan beberapa kekemasan berbeza termasuk panel umpaya kayuan di sisinya.

Bagi yang gemarkan gaya hidup urban, Xbee Street Adventure berwarna hitam ini cukup sesuai menjadi pilihan. “Ia direka untuk individu yang gemarkan gaya hidup urban aktif dan gemar berfesyen”, model konsep ini juga ditampilkan dengan skim warna yang lebih berani, termasuk kekemasan tepi yang lebih terang. Malah ia juga umpama baby Toyota FJ Cruiser kan?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required