SPYSHOT: Proton Preve 2018 dijumpai lagi sedang diuji – rim 17-inci, warna Ruby Red, bumbung hitam

SPYSHOT: Proton Preve 2018 dijumpai lagi sedang diuji – rim 17-inci, warna Ruby Red, bumbung hitam

Proton Preve dengan peningkatan yang diperhalusi untuk versi 2018 kini dijumpai lagi sedang diuji di jalan raya. Gambar yang kami terima dari pembaca Sathia Roga ini nampaknya lebih jelas berbanding unit yang dijumpai di sebuah stesen minyak Petron bulan lalu.

Gambar yang diambil di lebuhrya KL-Seremban ini menampakkan Preve berkenaan menerima kemasan yang sama seperti Iriz dan Exora yang diperhalusi, menampilkan elemen hitam (dapat dilihat pada kemasan penutup but), logo 3D Proton baharu, serta bumbung yang turut diberikan warna hitam.

Unit yang diuji ini turut menampilkan warna baharu Ruby Red, bersama rim aloi lebih besar bersaiz 17-inci dengan kemasan aloi digilap dan hitam berkilat. Dijangkakan, Preve versi tingkat taraf ini akan diberikan penambahbaikkan dari aspek NVH seperti yang dilakukan pada Iriz dan Exora.

Tahun lalu ketika mengumumkan susunan semula terhadap barisan model dan juga unit janakuasa, Proton telah mengesahkan bahawa enjin NA 1.6 liter CamProm IAFM pada Preve akan digugurkan. Jadi, berkemungkinan besar model baharu ini hanya akan dijual dengan versi enjin 1.6 liter Turbo CFE.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • David on Oct 16, 2017 at 3:38 pm

    Ubah design tu..lapuk ditelan zaman dah..bnyk rendering preve facelift di google lg cantik..copy n paste je..engin gdi bila lg nk pakai..labur bnyk2 tapi lambat rival lain dah maju ke hadapan lg canggih walaupun old engine but lot of improvement..design body penting untuk tambat hati pembeli.

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  • ahmed on Oct 16, 2017 at 11:06 pm

    Yg pnting klu nak suruh org kita beli, patern kene ubah..klu sama je baik tak payah..enjin pun jgn la mengaum..minyak jgn la lahap sgt..kete luar byk sgt saingannya..

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Nizam on Oct 17, 2017 at 6:55 pm

    Proton dah boleh fokus pada enjin elektrik berbanding petrol atau diesel. Negara2 besar bersaing2 buat kereta dan motor elektrik. Jangan bazirkan masa dan wang ringgit lagi. Harga petrol macam dah tak nak turun2 sekarang ni.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • zainal abidin on Oct 25, 2017 at 9:17 am

    Komen diharapkan dapat membina untuk kebaikkan bersama bukan untuk memburukkan sesiapa,

    Kalau saga flx boleh diubah hingga menjadi new saga yang rupa dah tak macam flx lagi, ubah je bentuk preve ni jadi macam model sedan kereta KIA yang cantik2 tu…..

    Tapi sebenarnya yang lebih penting sekarang ialah Proton / Geely kena pastikan setiap kereta yang keluar dari kilang dalam keadaan kualiti yang terbaik.

    Baru orang ada confident balik untuk beli Proton.

    Berniaga mesti untuk UNTUNG, bukan berniaga untuk asyik umumkan “loss” je.

    Sekarangni / sebelumni fokus bisness nampaknya hanya untuk audit, audit lagi,dan audit berulang kali termasuk meeting, meeting lagi dan meeting dan training dan training lagi tak habis2 dalam setahun tu.

    Kalau ikut stail orang / orang China meniaga mesti “MAU UNTUNG”. Cuba tengok local Toyota,Nissan dan Honda. Macamana mereka niaga? Mesti untuk UNTUNG…Sales bagus service pun bagus…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Alyaniff on Jan 03, 2018 at 12:36 pm

    Noisy CFE, simple interior and perceived quality issues are the ones that P1 bashers repeated over the years (6 years) for the Preve. Boring lar. Once a hater always a hater. To those who has an open mind, test drive the Preve first. Don’t let badge snoberry, politics, unfounded accusation clouded your mind. For me in my biased opinion, the Preve is amazing for its price. A C-segment machine for B-segment pricing. First class safety, first class handling, first class comfort at par with those famous European conti cars under RM100k, what more can you ask? Proton car is good, but sadly, i mean sadly bad perception defeated it. Bad perception by those Malaysian who praised badge above all else and sneered by the jealous Australian reviewers which their own national car project failed badly.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required