Lotus crossover baharu mungkin dibina di luar UK

Lotus crossover baharu mungkin dibina di luar UK

Sebelum ini Lotus pernah mendedahkan yang mereka serius mahu membangunkan model SUV pertama di bawah jenama ini, walau bagaimana pun selepas 11 tahun berlalu, perkhabaran ini masih belum menjadi realiti. Walau bagaimana pun, selepas pengambilahan oleh Geely, ternyata impian ini bakal terlaksana kelak.

Menurut bos syarikat berkenaan, Jean-Marc Gales, model crossover ini mungkin akan dibina di luar UK, dan bukannya menggunakan fasiliti sedia ada di Norfolk.

Menurut Gales, selepas Geely mengambil alih Lotus, mereka merancang untuk memperkenalkan model generasi baharu menjelang 2021, termasuklah SUV yang disebut-sebut ini.

“Kami memang akan sentiasa ada kereta sport, tetapi kami memang mencari segmen yang lain. Pasaran SUV banyak perubagan, bukan setakat kenderaan yang berketinggian enam kaki dan lebar sekarang, ia melibatkan pasaran yang luas. Perancangan kami, memperkenalkan crossover yang ringan, aero dinamik dan pengendaliannya lain daripada yang lain,” ujar Gales.

Lotus crossover baharu mungkin dibina di luar UK

Tidak banyak yang diketahui mengenai SUV tersebut, namun apa yang pernah kami laporkan sebelum ini, dijangka enjin 3.5 liter V6 bersumberkan Toyota bakal diletakkan di dalam barisan. Malah difahamkan, ia juga memilik 200 kg kurang daripada Porsche Macan S yang seberat 1,865 kg dan varian hibrin juga mungkin dipertimbangkan bagi memenuhi pasaran China.

Manakala jentera sport yang lain akan terus diproduksi di Norfolk. “Kami tetap memilih UK untuk kereta sport,” tambah Gales, yang turut merancang untuk melancarkan generasi akan datang bagi Elise, Exige dan Evora dari platform biasa. Pelancaran disasarkan menjelang tahun 2021.

“Kami masih mencari sesuatu yang menarik bagi generasi akan datang. Kami mempunyai pengeluar automotif bertaraf dunia di belakang kami dan melihatnya sebagai episod baharu. Perkara yang telah dimuktamadkan ini membolehkan kami memulakan langkah yang lebih segar, dan ini memang berita baik bagi kami dan juga rantau ini. Memang banyak perkara yang perlu dilakukan dan saya akan kekal di sini,” ujar bos Lotus itu lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required