Petronas jelaskan isu pam tidak tepat – KPDNKK dan MCM uji, sahkan tiada penipuan dan percanggahan

Petronas jelaskan isu pam tidak tepat – KPDNKK dan MCM uji, sahkan tiada penipuan dan percanggahan

Berikutan isu video yang tular di laman sosial menyatakan sebuah stesen minyak Petronas yang didakwa telah menipu sukatan atau mnggunakan pam minyak yang tidak diselenggara dengan betul menjadikan jumlah petrol yang dipam tidak tepat seperti yang tertera di skrin, syarikat petroleum nasional berkenaan telah menjelaskan perkara tersebut semalam.

Menerusi video tular berkenaan, seorang pelanggan mendakwa pam dari stesen Petronas tersebut tidak mengeluarkan jumlah petrol yang sepatutnya seperti yang dibayar. Untuk membuktikannya, pelanggan berkenaan meminta seorang petugas stesen tersebut untuk menuang petrol dari pam berjumlah RM 10 ke dalam sebuah baldi dan mendakwa jumlah petrol tersebut tidak sama seperti yang dibayar.

Menurut Petronas dalam satu kenyataan yang disiarkan pada laman Facebook miliknya, pihak mereka sentiasa mengambil berat maklum balas dari pihak pelanggan, dan bagi melindungi hak pelanggan, mereka mengalu-alukan kehadiran penguatkuasa KPDNKK dan Metrology Corporation Malaysia Sdn.Bhd (MCM) iaitu syarikat yang memberi perkhidmatan tentusahan dan tentusahan semula semua alat timbang dan sukat yang digunakan untuk perdagangan seperti yang termaktub di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972.

Petronas jelaskan isu pam tidak tepat – KPDNKK dan MCM uji, sahkan tiada penipuan dan percanggahan

Hasil dari ujian yang dijalankan oleh KPDNKK dan MCM, pam yang didakwa rosak di stesen Petronas Simpang Pulai Arah Selatan berkenaan disahkan tepat dan tidak ada percanggahan dalam kuantiti bahan bakar.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Petronas:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak kami sentiasa mengambil berat setiap maklum balas dari para pelanggan terutamanya aduan yang tidak berasas seperti insiden yang melibatkan stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan yang telah tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp. Bagi melindungi hak para pelanggan, pihak kami mengalukan-alukan kehadiran penguatkuasa KPDNKK dan Metrology Corporation Malaysia Sdn.Bhd untuk menjalankan ujian di stesen PETRONAS yang terlibat. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak berkuasa berkenaan telah mengesahkan bahawa tidak ada percanggahan dalam kuantiti bahan bakar seperti yang didakwa.

Kami berharap perkara di atas menjelaskan perkara ini dan kami memohon kerjasama anda untuk tidak menyebarkan aduan palsu ini.
Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan kami di talian hotline 1-300-88-8181 atau email [email protected].

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Hanafiah on Oct 24, 2017 at 1:00 am

    Well. Bila ada issue it means there is something wrong. Video dibuat sebagai bukti. Bila dah tular saya percaya pembetulan telah dilakukan
    Oleh pihak pengurusan stesen sebelum ditentusahkan oleh kpdnkk. Cuba pihak petronas atau kpdnkk melakukan pemeriksaan secara rawak dan berkala ahar tiada cubaa penipuan yg berlaku

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  • Wak lu on Oct 24, 2017 at 7:34 am

    Sebelum pihak jabatan datang mereka dah repair dulu pum tu…tapi klau tak ada org yg komplen mmg tak repair

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  • P3ngguna on Oct 24, 2017 at 11:24 pm

    Well from the video she was judging quantity of fuel was not enough from the speed of the liquid.

    She should brought measuring cylinder at least to prove the quantities are correct instead of measuring the speed.

    Flowrate does not equal quantity.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
    • omaim-MALAYSIA on Oct 25, 2017 at 12:01 pm

      it happen to me differently in all station.
      1. if I refill in the early morning, I get accurately or extra.
      2. if I refill in the afternoon or everning, I get less most of the time.
      3. If I refill during petrol station BIG TANKS REFILLED, I may get accurate quantity.
      4. All the stations do have pressure pump to stabilize the pressure. it could be due to hot whether, these pumps may not function to the fullest optimum.
      My last advise to all, pump only standard amount of fuel everytime , say 50 or 30 ringgit and monitor your vehicle fuel guage

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Ramlan kilo on Aug 11, 2022 at 8:53 pm

    Sya ingin membuat aduan ..jam 7 lebih mlm ini sya singgah ke satu station minyak petronas d inanam seperti biasa sya pergi counter buat bayaran dan terus ke kereta lalu mengangkat nozle dan terus pam minyak ke kereta selepas mesin minyak berhenti saya pn menghidupkan engine kereta dan memereksa lampu minyak d panel menunjukan berapa bar akan naik tetapi tdk ada perubahan lampu minyak masih berkelip jadi saya pn tdk berpuas hati lalu mengambil gelen minyak dri but kereta lalu pergi ke counter sekali lagi lalu membayar 4 rm dan memberi tahu yg perempuan yg bertugas d counter yg saya akan mengisi d station pam no 4 dan terus ke pam dan mula mengisi minyak tetapi tda minyak yg keluar hanya mesin pam berbunyi ..lalu sya mengangkat tangan memberi isyarat kepada counter lalu perempuan di counter tersebut mengarah kan saya pindah ke pam yg d sebelah yg pada masa itu ada 1 isuzu yg sedang mengalami kerosakan selepas itu saya pergi ke counter dan menyatakan tentang masalah yg sya hadapi dan mengarah kan saya tungu skjp lalu ada seorang perempuan kluar dari bilik belakang dan mengarahkan saya menungu lagi ..skjp kemudain dia kluar dan kami pergi ke tmpt loading yg mna pada masa itu sebuah lori tengah discharges lalu perempuan yg bersama sya tdi mengarah kan salah seorg lelaki yg bertugas d situ utk memreksa lampu isyarat minyak s kereta saya masih berkelip lalu saya memberi tahu kepada lelaki tersebut biasa nya selepas mengisi minyak rm10 lampu isyarat akan padam namun lelaki tersebut memberi tahu mgkin kereta sya yg ada masalah yg seolah-olah saya ni mereka2 pekara tersebut ( menipu mereka utk mendapat untung . tujuan saya membuat aduan ini ada lah utk memberi kesedaran kepada mereka2 yg terlibat yg mna ingin mengaut keuntungan dan melayan org2 seperti apa yg petugas2 di station petronas tadi melayan pelangan dgn menunding seolah2 pelangan yg mau menipu station pam minyak ..utk pengetahuan tuan2 dan puan2 semua apa yg sya cakap tentang loading dan discharging ni semua d kira setiap sen yg kita beli atau bayar dgn cara memerksa tanki yg d isi tadi secara manual atau yg mana tanki yg ada sub radar yg kita boleh memerksa tanki tersebut melalui moniter yg berada di dalam cargo control room dan dalam kereta biasa nya melalui panel yg berada d depan stering kereta ..tetapi cara petugas yg melayan saya tadi d station pam minyak petronas tadi adalah sangat kasar dan agak sungguh kurang sopan yg mna sya ni membuat penipuan yg betul2 murah yg macam menipu budak2 yg kecil dan akhir sekali petugas tadi ada bercakap klu mau buat aduan pi lah buat aduan . di sini saya harap kepada agensi2 yg berkuasa boleh lah membuat siasatan tentang aduan ini ..utk pengetahaun pihak tuan2 dan puan2 mereka kan cerita yg mna cerita tersebut tdk betul ada lah sunguh tdk baik dan dalam agama sya membuat cerita2 begitu ada lah FITNAH dan hukum nya adalah lebih berat dari membunuh .

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required