Proton umum jualan meningkat 12.5% setakat tahun ini

Proton umum jualan meningkat 12.5% setakat tahun ini

Proton Holdings Sdn Bhd telah mengumumkan jualan keretanya meningkat sebanyak 12.5% setakat tahun ini, di mana sejumlah 56,297 unit kereta terjual berbanding 50,091 unit bagi tempoh yang sama tahun lepas, laporan Bernama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, walaupun berlaku penyusutan jumlah jualan kereta pada September berikutan cuti umum di Malaysia, jumlah keseluruhan industri (TIV) meningkat 1.7% kepada 425,711 unit berbanding 418,277 unit pada tahun lepas.

“Proton mendapat manfaat hasil rancangan pelancaran kereta model Saga dan Persona masing-masing pada Ogos dan September 2016,” ujar Naib Presiden Jualan dan Pemasarannya, Abdul Rashid Musa.

Katanya lagi, rekod tersebut banyak disumbangkan oleh oleh Saga dan Persona, masing-masing sebanyak 42.7% (24,061 unit) dan 27.4% (15,448 unit) berdasarkan penambahbaikan terhadap kedua-dua model berkenaan.

Proton umum jualan meningkat 12.5% setakat tahun ini

“Prestasi kedua-dua kereta ini juga lebih baik berbanding 2016 dengan peningkatan sebanyak 9,661 unit. Malah, peningkatan Persona mencecah 90 peratus setakat ini berbanding tempoh sama tahun lepas. Usaha kami untuk mendekatkan kereta Proton dengan pengguna sudah mula menunjukkan hasil,” katanya.

Selain itu, Proton juga telah mengadakan siri jelajahnya secara agresif, termasuk di kawasan sibuk khususnya pada hujung minggu selain faktor ciri-ciri keselamatan utama kereta berkenaan yang menarik minat orang ramai.

“Ini merupakan petanda positif untuk Proton dan atas alasan inilah kami memerlukan rakan niaga yang baik untuk memastikan Proton terus kekal berdaya saing dalam pasaran,” ujarnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required