Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

Akhirnya, pelancaran paling ditunggu-tunggu tahun ini sudahpun berlangsung – Perodua Myvi 2018 kini rasmi diperkenalkan pada pasaran tempatan. Dilancar oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, kereta ikonik dari Perodua berkenaan kini muncul dalam versi generasi ketiga, dipasarkan dengan dua kapasiti enjin dan lima varian berbeza.

Varian-varian tersebut adalah 1.3 Standard G manual (RM44,300), 1.3 Standard G automatik (RM46,300), 1.3 Premium X automatik (RM48,300), 1.5 High automatik (RM51,800) dan varian tertinggi 1.5 Advance automatik (RM55,300).

Enjin Dual VVT-i baharu

Dua pilihan enjin yang ditawarkan untuk model generasi baharu ini adalah 1.3L dan 1.5L dimana kedua-duanya hadir dengan teknologi Dual VVT-i dan membolehkan Myvi baharu ini mendapat pengiktirafan sebagai kenderaan baharu cekap tenaga (EEV).

Myvi 1.3L baharu ini tidak lagi dijana oleh enjin K3-VE dari generasi sebelumnya, sebaliknya ia diberikan enjin 1NR-VE berkuasa 94 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 121 Nm pada takat 4,000 rpm – enjin yang sama seperti pada sedan Perodua Bezza serta MPV tujuh-tempat duduk Toyota Avanza.

Manakala untuk versi 1.5L pula, enjin 3SZ-VE pada model sebelum ini telah digantikan dengan enjin 2NR-VE berkuasa 102 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 136 Nm pada takat 4,200 rpm.

Transmisi lima-kelajuan manual hanya ditawarkan untuk model 1.3 Standard, manakala kotak gear automatik empat kelajuan elektronik E-AT dipadankan pada kedua-dua variasi enjin. Kedua-dua enjin turut dipadankan dengan sistem Eco Idle yang akan mematikan/menghidupkan semula enjin jika kereta tidak bergerak.

Ini membolehkan model 1.3 mencapai penggunaan bahan api gabungan 21.1 km/l untuk auto dengan Eco Idle, 20.1 km/l auto tanpa Eco Idle, 20.5 km/l untuk manual tanpa Eco Idle, manakala model 1.5 liter pula memperolehi bacaan 20.1 km/l dengan Eco Idle.

Bentuk lebih segar dengan kejuruteraan tempatan

Khabar angin menyatakan Myvi generasi baharu ini diasaskan atau di ‘rebadge‘ dari Toyota Auris/Corolla iM. Benarkah dakwaan ini? Jika difikir secara logik, mana mungkin untuk menjadikan sebuah Corolla dengan saiz dalam kategori segmen-C bagi dijelmakan sebagai hatchback segmen-B bukan?

Enjin 1.5L 2NR-VE (kiri) dan enjin 1.3L 1NR-VE (kanan)

Myvi generasi ketiga ini dihasilkan dari platform Myvi generasi kedua, namun ia telah diolah semula bagi menjadikannya 70% baharu, manakala bahagian badan atas (upper body) pula adalah 100% baharu – kesemuanya adalah hasil kerja jurutera tempatan dari Perodua sendiri, dan bukannya saduran dari Daihatsu Boon mahupun Toyota Passo ataupun mana-mana model lain dua jenama berkenaan.

Sekilas pandang, Perodua telah merubah imej Myvi dari sebuah hatchback berbentuk pelik dengan selera Jepun, kepada sesuatu yang lebih dianggap premium oleh orang Malaysia. Jadi, rupa kereta baharu ini hadir dengan imej seakan-akan Honda Jazz, Volkswagen Polo dan juga Kia Rio – menampilkan badan yang lebih lebar dan juga bumbung yang lebih rendah.

Kerangka baharu ini juga menggunakan keluli berketegaran tinggi 2.5 lebih banyak dari sebelum ini, dan juga ia diperkuatkan pada pelbagai bahagian yang strategik serta diberikan cermin hadapan akustik. Dengan badan yang lebih kuat, ia jelas memberikan lebih kestabilan dan turut memperbaiki aspek NVH serta keselamatan ketika pelanggaran pada hadapan dan sisi.

Selain itu, suspensi model ini turut dipertingkatkan dengan penggunaan bar penstabil hadapan dan belakang dengan diameter lebih tebal bersama rekaan lengan bawah yang lebih ringan. Manakala pada bahagian gandar belakang, ia kini menggunakan struktur yang lebih keras (menerusi rekaan baharu) serta cross member bahagian berkenaan yang turut direka semula bagi mempertingkatkan ketegarannya.

Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

Ia diberikan lampu hadapan LED (untuk kesemua varian) yang memanjang dan bersambung terus dengan gril, bersama bampar dengan perumah lampu kabus baharu. Garis badan kereta ini jelas kelihatan lebih rendah dari model sebelum ini, dan menampilkan tingkap tambahan pada tiang-C.

Bahagian belakang Myvi ini pula tidak lagi diberikan lampu menegak, sebaliknya digantikan dengan lampu LED yang direka melintang dengan konsep ‘two-piece‘ (satu pada badan, sebahagian lagi pada pintu tailgate).

Model generasi baharu ini menampilkan dimensi 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar lebar dan 1,515 mm tinggi, manakala jarak rodanya pula adalah 2,500 mm. Berbanding model generasi lama, Myvi baharu ini 205 mm lebih panjang, 70 mm lebih lebar dan 30 mm lebih rendah berbanding versi yang sebelumnya. Jarak antara roda pula bertambah sebanyak 60 mm.

Jadi, setelah masuk ke ruang kabin, anda boleh rasakan ruangnya yang lebih besar dari sebelum ini. Selain itu, ia turut menampilkan posisi duduk yang lebih rendah serta ruang but 277 liter berbanding 208 liter pada model sebelum ini.

Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

Penuh dengan ciri premium

Kesemua Myvi 2018 akan diberikan ciri standard seperti sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, sistem penghawa dingin dengan fungsi memori, tempat duduk belakang boleh-lipat dengan nisbah 60:40, tempat duduk dengan konfigurasi 8+1 yang fleksibel dan juga peringat tali pinggang keledar untuk kesemua lima tempat duduk. Bagi model-model 1.3, ia akan diberikan rim 14-inci dengan tayar Bridgestone Ecopia EP150 175/65R14.

Naik ke varian Premium 1.3 X, ia akan diberikan sistem bantuan mula mendaki, lampu kabus hadapan, penderia parkir hadapan dan juga cermin sisi boleh-lipat berkuasa. Dari rupa luaran dan dalaman, varian ini turut diberikan kemasan-kemasan krom/metalik tambahan. Bahagian kabin 1.3 Premium X diberikan pemain audio utama 2-DIN bersama Bluetooth, roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit dan juga perehat kepala boleh laras pada bahagian belakang.

Untuk model 1.5 pula, ia diberikan rim aloi 15-inci dua-tona bersama tayar Goodyear Assurance TripleMax 175/55R15, skirt sisi hadapan dan sisi dua-tona, bampar belakang dua-tona, spoiler belakang serta pembaca tol bina-dalam (SmartTag yang bersepadu dengan kereta, anda hanya perlu masukkan kad Touch N Go ke dalam slot).

Ciri keselamatan mendahului pesaing

Aspek keselamatan turut menjadi merit terbaharu untuk Myvi. Kesemua varian kini dilengkapi dengan sistem brek ABS dan EBD serta Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) sebagai ciri standard. Model 1.3L menerima empat-beg udara, manakala 1.5L pula mendapat enam-beg udara. Myvi telah menjalani ujian pelanggaran keselamatan ASEAN NCAP bulan lalu dan ia menerima pengiktirafan lima bintang.

Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

Selain dari kelengkapan keselamatan asas diatas, Myvi kini turut dilengkapi dengan pakej bantuan pemanduan digelar Advance Safety Assist (ASA) yang ditawarkan untuk model 1.5 Advance. Pakej ini terdiri daripada empat sistem berbeza iaitu Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) (mirip kepada autonomous emergency braking, AEB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC). Lebih perincian bagaimana sistem ASA ini berfungsi, anda boleh bacanya DI SINI.

Perodua turut menawarkan tempat duduk keselamatan kanak-kanak dalam barisan aksesori GearUp, membolehkan anda membeli tempat duduk berkenaan dengan dikira sekali bersama harga kereta menerusi pembiayaan kenderaan. Anda boleh menyemak semula apa spesifikasi tempat duduk berkenaan pada PAUTAN INI, manakala senarai lengkap pakej GearUp kami sertakan di bawah.

Empat warna dari model sebelum ini ditawarkan untuk Myvi generasi iaitu Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White, manakala dua warna eksklusif baharu turut diperkenalkan iaitu Peppermint Green (hanya untuk 1.3) dan Granite Grey (hanya untuk 1.5).

Kami berikan spesifikasi setiap varian Myvi 2018 di bawah, dan jika anda mahu mendapatkan lebih perincian, layari laman Carbase.my. Kami juga telah menguji Myvi baharu ini sebelum ia didedahkan sepenuhnya – tanggapan awal kami terhadap hatchback ikonik berkenaan boleh anda baca DI SINI.

Perodua Myvi 1.3 Standard G – RM44,300 (MT), RM46,300 (AT)

Elemen standard seperti berikut:
Mekanikal

  • Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
  • 1,329 cc, petrol empat-silinder
  • 94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm
  • Manual lima-kelajuan atau E-AT empat-kelajuan
  • Tangki penuh 36 liter
  • 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi, 2,500 mm jarak roda
  • Jarak kelegaan tanah 160 mm
  • Stereng kuasa elektrik (EPS)
  • Radius pusingan 4.8-meter
  • Waranti lima-tahun/150,000 km
  • Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 21.1 km/l untuk auto dengan Eco Idle, 20.1 km/l auto tanpa Eco Idle, 20.5 manual tanpa Eco Idle

Luaran

  • Lampu utama LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
  • Larasan lampu utama manual
  • Lampu belakang LED dengan lampu arah
  • Cermin sisi larasan-elektrik dengan isyarat membelok
  • Bilah pengelap cermin hadapan jenis-Aeroblade
  • Penderia undur
  • Roda aloi 14-inci
  • Tayar Bridgestone Ecopia EP150 175/65R14
  • Tayar simpanan bersaiz-penuh

Dalaman

  • Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
  • Cermin hadapan akustik
  • Tingkap berkuasa, fungsi turun auto untuk pemandu sahaja
  • Pemain audio utama Double-din dengan radio dan USB
  • Kawalan pendingin hawa digital (dengan larasan dua memori)
  • Roda stereng Poliuretana dengan larasan kedudukan
  • Larasan-ketinggian bagi tempat duduk pemandu
  • Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
  • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala
  • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
  • But berkapasiti 277 liter (boleh mencecah sehingga 832 liter dengan tempat duduk belakang dibaringkan)
  • Poket sisi pada tempat duduk hadapan (untuk telefon mudah alih)
  • Cangkuk beg anti-kecurian

Keselamatan

  • Empat beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan)
  • ABS, EBD
  • Kawalan Kestabilan Elektronik(VSC)
  • Kawalan traction (TRC)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Penarafan lima-bintang daripada ujian perlanggaran ASEAN NCAP
  • Peringatan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk (aktif di hadapan, pasif di belakang)
  • Dua cagak Isofix untuk tempat duduk belakang

Estetika

  • Gril hadapan perak
  • Tiada lampu kabus hadapan – penutup hitam
  • Pemegang pintu sama dengan warna badan
  • Antena sirip-jerung
  • Pemegang pintu dalaman hitam
  • Kekemasan dalaman hitam
  • Corong pendingin hawa berkemasan perak

Perodua Myvi 1.3 Premium X – RM48,300 (AT)

Tambahan:
Mekanikal

  • Sistem start-stop automatik Eco-idle
  • Bantuan Mula Mendaki

Luaran

  • Lampu kabus hadapan
  • Penderia parkir hadapan
  • Cermin sisi larasan berkuasa

Dalaman

  • Pemain audio utama Double-din dengan radio, USB dan Bluetooth
  • Pengecas USB
  • Roda stereng balutan-kulit dengan kawalan audio, telefon
  • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala boleh laras

Estetika

  • Gril hadapan krom
  • Lampu kabus hadapan dengan kekemasan krom
  • Pemegang pintu krom
  • Pemegang pintu dalaman krom
  • Kekemasan perak di sekeliling kawalan tingkap, butang pada roda stereng, dan tapak tuil gear
  • Panel instrumen dengan kekemasan krom
  • Corong pendingin hawa dengan kekemasan krom

Pilihan warna bagi Myvi 1.3

  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Mystical Purple (metalik)
  • Lava Red (metalik)
  • Peppermint Green (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.3

Perodua Myvi 1.5 High – RM51,800 (AT)

Tambahan:
Mekanikal

  • Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
  • 1,496 cc,petrol empat-silinder
  • 102 hp pada 6,000 rpm, 136 Nm pada 4,200 rpm
  • E-AT empat-kelajuan
  • Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km per liter

Luaran

  • Roda aloi dua-tona 15-inci
  • Tayar Goodyear Assurance TripleMax 185/55R15

Luaran dan keselamatan

  • Pembaca tol binaan dalam (integrasi SmartTAG)
  • Enam-beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai

Estetika

  • Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua-tona)
  • Bampar belakang dua-tona
  • Spoiler belakang

Perodua Myvi 1.5 Advance – RM55,300 (AT)

Tambahan:
Dalaman

  • Upholsteri kulit
  • Pemain audio utama skrin sesentuh dengan navigasi dan SmartLink
  • Kamera undur
  • Filem lapisan tingkap keselamatan

Keselamatan

  • Advanced Safety Assist (ASA)
  • Amaran Pra-pelanggaran
  • Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
  • Amaran Pergerakan Kehadapan
  • Kawalan Salah-operasi Pedal

Pilihan warna untuk Myvi 1.5

  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Mystical Purple (metalik)
  • Lava Red (metalik)
  • Granite Grey (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.5

Aksesori GearUp – harga pengenalan sehingga Februari 2018

Pakej Premium – RM1,250 (Myvi 1.5 only)

  • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang
  • Chrome scuff plates
  • Skirt belakang (hitam)

Pakej Eksekutif – RM900

  • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang

Pakej Gaya Hidup – RM700

  • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, bahagian bawah pintu dan belakang pintu

Pakej Utiliti – RM320

  • Door visors
  • Alas lantai
  • Alas barangan

Kerusi keselamatan kanak-kanak Isofix

  • Kerusi bayi – RM660
  • Kerusi kanak-kanak– RM780
  • GALERI: Gambar rasmi Perodua Myvi Standard X dan Premium G 2018

    GALERI: Gambar rasmi Perodua Myvi 1.5 Advance 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.3 Standard G 2018 dalam semua warna

    GALERI: Perodua Myvi 1.3 Premium X 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 High 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance 2018 dengan pakej Gear Up

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 High 2018 dengan pakej Gear Up

    GALERI: Brosur Perodua Myvi 2018

    GALERI: 12 tahun perjalanan Perodua Myvi

    Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Syaiful Nizam Hassan on Nov 17, 2017 at 8:37 am

    Tukar kedudukan tempat plat pendaftaran belakang daripada bumper kepada pintu hatchback, sudah pasti lebih comel Perodua Myvi 2018 ini. Hanya menunggu ‘facelift’ sahaja lg.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required