Perodua Myvi 2018: kini cecah 5,000 unit tempahan – varian 1.5L, warna Granite Grey paling popular

Perodua Myvi 2018: kini cecah 5,000 unit tempahan – varian 1.5L, warna Granite Grey paling popular

Sebelum beberapa jam Perodua Myvi 2018 dilancarkan, Perodua telah berkongsi khabar berita gembira mengenai tempahan model hatchback kegemaran ramai ini. Tempahan yang dibuka sejak 9 November lalu, telah menyaksikan jumlah tempahannya kini mencecah 5,000 unit (data sehingga 16 November, 12 tengahari).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, pihaknya sangat teruja dengan sambutan yang diterima ini. “Tempahan ini diterima sebelum ia dilancarkan, namun sambutannya begitu menggalakkan. Malah daripada 5,000 unit tempahan tersebut, sebanyak 78% pelanggan kami telah memilih varian 1.5L, selebihnya iaitu 22% pula memilih 1.3L. Dan warna yang mendapat pilihan tertinggi ialah Granite Grey,” ujarnya dalam sidang akhbar yang berlangsung sebentar tadi.

Aminar turut berkata, Perodua mensasarkan tempahan awal adalah sebanyak 6,000 unit dan buat setakat ini, tidak bercadang untuk menyemaknya semula. Begitu juga dengan sasaran jualannya iaitu 6,000 unit sebulan. Manakala bagi produksi untuk Myvi baharu ini dianggarkan sekitar 75,000 hingga 80,000 unit setahun.

Perodua Myvi generasi ketiga ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin; 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i. Selain itu, transformasi yang dilakukan Myvi 2018 ini juga dilihat agak besar, termasuk menampilkan enam beg udara bagi varian tertinggi, serta dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan keselamatan ASA yang terdiri daripada empat sistem berbeza – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Bukan itu sahaja, ia juga ditawarkan dengan harga yang begitu kompetitif, bermula dari RM44,300 untuk 1.3 Standard G manual dan RM46,300 untuk automatik, RM48,300 untuk 1.3 Premium X dan RM51,800 untuk 1.5 High. Model tertinggi 1.5 Advance pula dijual pada harga RM55,300. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran, dan semua model hadir dengan pelindungan waranti lima-tahun/150,000km.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh setiap varian bagi barisan Myvi 2018 ini, sila layari Carbase.my. Anda juga boleh membaca ulasan pandu uji ringkas yang dibawakan oleh editor kami, Hazril Hafiz, DI SINI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required