SPAD terima 1,821 aduan mengenai perkhidmatan bas, teksi menerusi aplikasi MeterON sejak diperkenalkan

SPAD terima 1,821 aduan mengenai perkhidmatan bas, teksi menerusi aplikasi MeterON sejak diperkenalkan

Sejak memperkenalkan aplikasi MeterOn dalam telefon pintar pada April 2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima 1,821 aduan melalui MeterOn dan kebanyakan aduan melibatkan kes tata kelakuan pemandu taksi dan bas selain daripada aduan lebih had laju.

Menurut Ketua Pegawai Operasi SPAD Qamar Wan Noor, penumpang bas ekspres serta bas-bas berdaftar di bawah SPAD kini boleh menggunakan aplikasi MeterOn untuk membuat aduan terus kepada SPAD, laporan Bernama.

“Penumpang bas kini boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android untuk membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melapor sebarang kesalahan di bawah bidang kuasa SPAD. Suruhanjaya tidak teragak-agak mengenakan tindakan undang-undang kepada pengendali (bas dan teksi) yang didapati cuai dalam pengurusan operasi,” katanya kepada pemberita semalam.

Difahamkan, sejak aplikasi berkenaan diperkenalkan, sejumlah 35,000 pengguna telah memuat turun aplikasi itu. Sebelum ini, ia hanya banyak menerima aduan yang melibatkan perkhidmatan teksi.

Melalui aplikasi itu pengguna bas juga boleh membuat aduan syarikat bas yang melanggar peraturan selain mendapatkan beberapa maklumat lain berkaitan perjalanan dan destinasi bas terbabit melalui nombor pendaftaran bas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Tarif harga melampau

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Saiful farizal halim on Nov 20, 2019 at 12:41 am

    Saya nk buat aduan pads 19/11/19 sebuah teksi yg saya Naik meter tersebut amat melampau sangat Dan laju meter tersebut.kebiasaan Saya Naik Dr hkl ke lrt pwtc Rm4-6 tetapi Hari tersebut Saya Naik Rm8.50 Dan dia caj Rm9.00 bila Saya beri Rm10.00.No plat teksi HWE 7111 Saya harap SPAD Ambil tindakan segera sebelum customer lain dikenakan.pada Hari tu Jalan Raya seperti biasa .terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Charles on Nov 29, 2019 at 10:02 am

    This taxi driver or ulat is shouting at the grab driver cause she already order grab he ask to cancel and the grab driver was asking why did u cancel he is telling that the customer wish at klia 2 pls take same action at klia 2 pls
    BNH 4990 plate number black and number is white proton Exzora

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Riana on Dec 01, 2019 at 7:52 am

    Banyak taxi tipu harga . Kite kene bayar melebihi tarif . Terutama area TBS

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Pada pagi ini Rabu 15/06/2022 jam 8.30am,saya menunggu untuk pengangkutan awam,bas 250 sentiasa lamba dan .terpaksa mununggu teksi ke kerja.Saya seperti biasa saya menahan teksi untuk pergi ke kerja kerana Grab sentiasa charge RM26 ..dari chong hwa ke Melawati Mall walaupun jalan kosong..Oleh sebab itu saya mengambil teksi yang tambang biasa charged RM12 hingga RM13 on way.Sama seperti biasa saya berhentikan teksi yang bernombor HBB6839..dan bagi tahu teksi driver saya nak pergi Melawati Mall.Driver teksi itu fikir panjang dan bagi tahu saya,yang dia nak charged saya harga Grab..i pun tanya berapa dia minta saya bayar RM23.00 ke Melawati mall.Bukan ke ..klu ambil teksi dia perlu charge harga meter.Saya berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap orang seperti ini.Saya pernah melalui situasi ini di berapa tempat.tanpa menggunakan meter meminta charge berlebihan.Terutamanya di hentian teksi KL SENTRAL ,CENTRAL MARKET MYDIN, PASAR SENI ,TBS(Wanita yg dtg dari jauh dan pada waktu malam perlu memberi keselamatan dengan menghantar customer itu dgn selamat dgn tidak berhati perut meminta RM90.tempat yg biasa caj rm15.00..TERIMA KASIH

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Pn haily hamid on Nov 19, 2022 at 8:13 pm

    Saya nk buat aduan pada tarikh 19/11/2022 sekitar jam 7.35mlm..di stesen Lrt Ampang sebuah teksi bernombor hb 4703 lelaki cina berusia mengenakan bayaran sebanyak rm4 sedangkan meter menunjukkn rm3.50..seperti tidak bersalah menaikkan harga mcm tu je.bukan itu sahaja keadaan teksinya yg agak usang dan bila lalu dekat bumper laju sahaja sehingga kami terangkat..teksi terlampau rendah jadi terasa mcm diseret..sy berharap pihak SPAD memandang perkara ini dgn memberi penekanan sedikit terhadap pemanduan pemandu teksi dan sikap yg agak teruk..bukan rasis tapi sebaiknya gunakan bahasa yg baik .sy pasti sekiranya pihak spad melihat teksi tersebut dn atitude pemandu tersebut mesti akan rasa perlu diambil tindakan terhadap pemandu tersebut.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required