Harley-Davidson dengan pengedar baru di Malaysia – ke mana hala dan apakah kesannya kepada pemilik

Harley-Davidson dengan pengedar baru di Malaysia – ke mana hala dan apakah kesannya kepada pemilik

Seperti yang pernah kami siarkan sebelum ini, Harley-Davidson telah menamatkan kerjasama dengan Naza Prestige Bikes Sdn Bhd, dan kini mempunyai wakil pengedar baru dengan pusat 3S baru akan dibuka dalam masa terdekat di SS 13, Petaling Jaya.

Sebelum tibanya hari pembukaan rasmi pusat 3S baru ini, kami telah berpeluang berjumpa dengan pengarah urusan pasaran membangun Asia Harley-Davidson Asia, Johan Kleinsteuber, yang singgah di Malaysia sebagai persiapan, dan bertanyakan antara persoalan penting tentang hala tuju motosikal jenama ini di Malaysia.

Johan masih belum dapat menyatakan tarikh sebenar bila pusat 3S baru ini akan dibuka, tetapi beliau memberitahu, ia akan dilakukan dalam masa yang begitu hampir ini, dan sudah boleh menerima motosikal untuk servis bermula hujung minggu ini. Juruteknik yang digunakan pula adalah mereka yang telah dilatih di pusat latihan Harley-Davidson di Thailand.

Harley-Davidson dengan pengedar baru di Malaysia – ke mana hala dan apakah kesannya kepada pemilik

Ini bermaksud, semua pemilik Harley-Davidson sedia ada sudah mempunyai tempat yang diiktiraf untuk melakukan kerja servis dan pembaikan, manakala untuk jaminan pula, jika mereka masih mempunyai jaminan pengeluar, pengedar baru ini akan mengambil alih tugas tersebut. Untuk model baru pula, selepas ini ia akan diberikan jaminan selama dua tahun.

Berkenaan model baru, Johan memberitahu akan cuba untuk membawa keseluruhan model terkini Harley-Davidson ke pasaran Malaysia, tetapi ia masih lagi sedang dalam perancangan. Model yang dapat dipastikan setakat ini adalah Softail dan CVO tahun 2018.

Berkenaan harga, Johan tidak menafikan, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai harga motosikal paling tinggi, tetapi beliau terpaksa menerima keadaan ini dan memberitahu setiap negara mempunyai struktur cukai dan duti tertentu yang perlu diikuti.

Harley-Davidson dengan pengedar baru di Malaysia – ke mana hala dan apakah kesannya kepada pemilik

Namun, pada penghujung tahun hadapan, sebuah kilang pemasangan Harley-Davidson akan dibuka di Thailand, dan diharap nanti, model yang dibawa dari kilang itu dapat memberikan harga yang lebih menarik kepada pengguna. Kilang ini hanya akan melakukan proses pemasangan, sementara alat ganti dan bahagian motosikal itu akan tetap dibawa masuk dari Amerika Syarikat.

Selain motosikal itu sendiri, Johan turut menyatakan sokongan terhadap kumpulan pemilik yang ada di Malaysia, dengan menyatakan yang utama adalah HOG Pulau Pinang dan HOG Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti tersendiri akan diadakan dengan kumpulan pemilik ini dan ia adalah salah satu langkah untuk membawa kembali gaya hidup Harley-Davidson ke Malaysia.

Selain pusat servis di Petaling Jaya, dua lagi pusat servis serupa akan dibuka iaitu di Melaka dan Pulau Pinang pada tahun 2018. Kesemua pusat servis ini diberikan kebebasan untuk mengubah struktur acara, langkah pemasaran atau pemilihan produk bergantung kepada sasaran dan apa yang sesuai di tempat masing-masing. Pusat-pusat servis ini juga dimiliki oleh syarikat persendirian dan bukannya Harley-Davidson sendiri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • MOTO AID MALAYSIA on Dec 10, 2017 at 12:30 pm

    Syabas kami ucapkan kepada Harley-Davidson Of Petaling Jaya.. The Legend continues !!! kami di Moto Aid Malaysia (24jam Motorcycle Assist Sesemenanjung Malaysia ) akan sentiasa support semua pemilik motosikal Harley Davidson yg bermasalah motosikal di jalanan dan perlukan bantuan. Kami turut berkeyakinan penuh dgn kebolehan para mechanic Harley Davidson of Petaling Jaya di Gasket Alley yg berkepakaran dan terlatih. Pihak kepimpinannya pula merupakan antara pelopor industi permotoran Malaysia yg sudah lama merekacipta semula industri Biking tempatan. Kami selaku bikers juga dapat bernafas panjang semula mengetahui yg jenama unggul ini terus maju. Shabas !

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required