Kia Ray facelift didedahkan – untuk pasaran Korea

Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

Minggu lepas, teaser untuk model ini dah keluar. Dan kini, gambar dan perincian tentang Kia Ray secara rasmi telah didedahkan. Merupakan model domestik hanya untuk pasaran Korea, kereta kompak dengan reka bentuk kotak ini – paling dekat yang kita pernah ada dulu ialah Perodua Kenari – menerima beberapa kemaskini selepas enam tahun pengenalannya.

Penampilan luarannya antara yang diberi sentuhan baru. gril tiger nose yang tertutup – dalam warna badan dan grafik terkini, hampir tertutup sepenuhnya – telah dipindah ke atas sedikit antara lampu utamanya.

Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

Liang udara masih dikekalkan dengan tambahan laluan yang lebih besar dibahagian bawah. Lampu kabus pula kini lebih kecil, di dalam perumah dalam bentuk lonjong. Bentuk ini turut dapat dilihat dibeberapa bahagian lain seperti cermin sisi dan reflektor di belakang.

Sementara itu, lampu belakang LED tuurt dilengkapi dengan light guide dalam bentuk C, serta kemasan baru pada bahagian atas ruang nombor plat. Rim 15-inci aloi dwi-tona melengkapi penampilan di luar.

Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

Kia Ray masih mengekalkan penggunaan pintu gelungur sisi. Ruang kabinnya juga dengan tempat duduk menegak, dengan ruang barangan 319 liter. Turunkan semua tempat duduk, kapasiti ruang yang tersedia ialah 1,219 liter, dengan nisbah lipatan kerusi belakang 60:40. Stereng juga kini dengan tiga jejari.

Tombol gear dan penampilan konsol tengah juga diperbaharui dengan kemasan metalik yang lebih ketara. Pembeli juga boleh memilih untuk memasang skrin sentuh tujuh-inci untuk sistem infotainment dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Kelengkapan keselamatan juga dipertingkat; tambahan ciri lampu isyarat brek kecemasan dan rollover sensor serta enam beg udara.

Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

Bagi enjin pula, walaupun masih menggunakan unit 1.0 liter tiga-silinder yang sama, ia telah ditala untuk memberikan penjimatan minyak 2.4% lebih baik – bacaan gabungannya 13 km bagi setiap liter. Transmisi pula menggunakan kotak gear automatik empat-kelajuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required