SIC akan anjur program khas cari pelumba berbakat

SIC akan anjur program khas cari pelumba berbakat

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) nampaknya akan terus aktif dalam pembangunan sukan permotoran negara. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, SIC diberitahu akan mengadakan satu program khas untuk mencari bakat pelumba motosikal baru yang berpotensi untuk dibawa ke persada dunia.

Ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali memberitahu surat khabar tempatan tersebut bahawa program uji bakat ini dibuka kepada mereka yang berumur antara 13 hingga 15 tahun,dan perlu mempunyai pengalaman berlumba sama ada di dalam CubPrix, Asia Road Racing Championship (ARRC), Malaysian Super Series (MSS) atau mana-mana kejuaraan tempatan selain memiliki bentuk fizikal dan mental yang sempurna.

Setelah diiklankan secara rasmi nanti, jika terlalu ramai yang datang, SIC akan meneliti setiap borang penyertaan dan akhirnya akan memilih 40 orang sahaja untuk menghadiri uji bakat senarai pendek. Daripada jumlah itu, empat hingga lima pelumba terbaik akan dipilih untuk program intensif yang dikendalikan oleh Zulfahmi Khairuddin.

SIC akan anjur program khas cari pelumba berbakat

Beritahu Razlan lagi, mereka bukannya mencari pelumba yang pantas sahaja, tetapi juga mahu mengenal pasti mereka yang mempunyai pakej lengkap dan kemahuan tinggi, untuk dididik beraksi ke peringkat lebih tinggi seperti CEV, Moto3, Moto2 dan seterusnya MotoGP.

Sekarang ini, SIC cuma mempunyai tiga pelumba di MotoGP iaitu Hafizh Syahrin, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki. Diharapkan dengan adanya program ini, jumlah tersebut dapat ditambah. Walaupun begitu, pelumba yang terpilih ini pada awalnya akan diletakkan terlebih dahulu dalam perlumbaan CEV, kemudiannya ARRC, dan selepas itu barulah Moto3 dan Moto2.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required