Subaru WRX generasi baharu bakal muncul pada 2020 – masih seronok dipandu walau dijana kuasa hibrid

Subaru WRX generasi baharu bakal muncul pada 2020 – masih seronok dipandu walau dijana kuasa hibrid

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa enjin siri EJ tidak lagi akan digunakan pada WRX generasi seterusnya dan akan digantikan dengan unit janakuasa hibrid. Perkara ini dinyatakan sekali lagi oleh Ketua Rekabentuk Subaru Mamoru Ishii dan turut menambah versi berprestasi tinggi berdasarkan Impreza generasi terkini berkenaan akan muncul pada tahun 2020, lapor Autocar.

Kereta berkenaan akan bakal menerima penggayaan dari model konsep Viziv Performance yang membuat kemunculan pada Tokyo Motor Show tahun ini, dan menurut Ishii model tersebut menerima maklum balas yang baik serta memberikan keyakinan kepadanya untuk memastikan rupa agresif berkenaan akan dibawa untuk diproduksi pada WRX generasi seterusnya.

“Kereta sedemikian membawa banyak harapan, dari syarikat dan juga pelanggan kami. Apa yang kami tahu adalah gaya hidup pelanggan kami telah berubah dan kami perlu memberikan respon terhadap perkara itu. Persoalannya adakah kami telah perkara yang sepatutnya terhadap konsep ini,” kata Ishii.

Subaru WRX generasi baharu bakal muncul pada 2020 – masih seronok dipandu walau dijana kuasa hibrid

“Contohnya, kami tahu teknologi pemanduan sendiri dan perhubungan akan hadir pada masa hadapan, dan untuk ramai pelanggan ia teknologi yang bagus, tetapi kami tidak fikir semua pelanggan mahukannya. Untuk sebahagian pelanggan, keseronokan memandu masih lagi sangat penting dan itu yang akan kami terokai,” tambahnya.

Ishii menjelaskan bahawa dia berminat untuk melihat tema pada Viziv Performance Concept seperti bentuk badan gagah dengan ruang roda berotot dan juga skup pada bonet – yang sememangnya DNA rekaan Subaru – dibuat dalam bentuk produksi. “Kami telah membina tradisi ini bersama Legacy, Impreza dan WRX. Kami mahu ia nampak laju walaupun tidak berjalan,” katanya.

Subaru sinonim dengan padanan enjin boxer bersama pacuan semua roda, namun Ishii memberitahu untuk model baharu ini “pacuan semua roda adalah kritikal kepada tahap kuasa dan prestasi yang diharapkan pelanggan, tetapi untuk enjin kami perlu lebih bebas”. Seperti Impreza dan XV generasi terkini, WRX baharu ini juga akan diasaskan dari Subaru Global Platform yang bukan sahaja boleh dikuasakan enjin boxer konvensional, malah dibina agar janakuasa hibrid juga boleh ditempatkan tanpa sebarang masalah.

GALERI: Subaru Viziv Performance Concept di Tokyo Motor Show 2107

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required