Kajian terhadap kesan penggunaan getah pembahagi laluan basikal akan siap dalam masa sebulan – MIROS

Kajian terhadap kesan penggunaan getah pembahagi laluan basikal akan siap dalam masa sebulan – MIROS

Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan pembahagi laluan yang digunakan pada lorong basikal di pusat bandar Kuala Lumpur berikutan dakwaan ia membahayakan penunggang motosikal.

Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Dr Siti Zaharah Ishak berkata, agensi berkenaan telah bertemu denga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membincangkan perkara berkenaan. “Kami tidak terlibat secara langsung dengan pelaksanaannya kerana setiap pihak berkuasa tempatan mempunyai pasukan pakar mereka sendiri,” jelas beliau.

“Bagaimanapun, kejadian yang berlaku melibatkan keselamatan jalan raya, jadi MIROS akan terlibat di dalam melakukan kajian itu. Kami akan melihat daripada beberapa aspek seperti kejuruteraan jalan, cuaca serta bahan yang digunakan,” tambahnya, seperti dilaporkan Bernama.

Isnin lalu, DBKL mencabut semula pembahagi getah yang dipasang disepanjang 11.9 km laluan basikal di tengah Kuala Lumpur kerana didakwa membahayakan penunggang motosikal. Pengarah Eksekutif projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah berkata pemasangan itu menepati piawaian antarabangsa yang digunakan di negara-negara lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required