VIDEO: Kes buli jalan raya di Kuchai Avenue tular di laman media sosial – pelaku telah diberkas polis

Pada Sabtu lalu, satu lagi kes buli jalan raya telah pun dilaporkan berlaku hingga mendapat perhatian pihak polis. Kejadian yang berlaku pada jam 1.18 tengahari, 10 Februari lalu, di Kuchai Avenue, melibatkan dua buah kereta yang pada mulanya terlibat dengan kemalangan kecil.

Menurut adik kepada mangsa, Jimmy Soo, yang memuat naik video yang dirakam melalui dashcam di laman media sosial Facebook, kereta Proton Saga BLM yang dipandu oleh pelaku telah melanggar bahagian hadapan keretanya sewaktu mahu membuat pusingan-U. Walau bagaimana pun, kereta terbabit enggan berhenti biarpun Jimmy telah membunyikan hon sebanyak dua kali. Sejurus selepas kejadian, kedua-dua kereta berkenaan berhenti di persimpangan lampu isyarat dan abang kepada Jimmy telah turun dari kereta untuk melihat kerosakan pada kereta mereka.

Dalam masa yang sama, salah seorang penumpang dari Saga BLM terbabit meluru ke arah abangnya dengan sebilah pisau di tangan. Malahan penumpang lain dari kereta yang sama turut turun tetapi tidak berbuat apa-apa termasuk meleraikan serangan terbabit. Malah Jimmy turut berkata, melihat akan situasi tersebut, dia terus bergegas turun untuk menghentikan serangan terbabit tetapi juga gagal. Abangnya telah ditikam di bahagian paha oleh penyerang dan dia sendiri telah ditumbuk di muka sehingga menyebabkan kecederaan.

Selepas kejadian tersebut, si pelaku bersama kawan-kawannya terus bergegas pergi. Dan kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis, dan video berdurasi dua minit tersebut turut menjadi tular di Facebook.

Menerusi laporan The Sun, selepas menerima laporan, pihak polis terus membuat gerakan bagi memburu suspek. Walau bagaimana pun, pada Isnin lalu, suspek telah pun berjaya diberkas polis untuk siasatan lanjut.

Nampak gayanya, samseng jalan raya memang tidak gentar untuk bertindak agresif biar pun menyedari tindakan tersebut bakal menerima padah sekiranya pihak polis berjaya menjejaki mereka.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required