Tirai, langsir serta pelekat hiasan yang dipasang pada cermin kenderaan merupakan satu kesalahan

Tirai, langsir serta pelekat hiasan yang dipasang pada cermin kenderaan merupakan satu kesalahan

Kebiasaannya, ketika bercakap tentang cermin kenderaan, bab atau isu yang sering menjadi topik utama ialah tahap ketelusan cahaya (VLT) dan hal-hal berkaitan cermin gelap. Ketika ini, kadar yang dibenarkan adalah 70% untuk cermin depan, 50% untuk cermin di sisi dan 30% bagi bahagian belakang.

Namun, ada lagi perkara yang turut dilarang berkaitan penggunaan cermin pada kenderaan, yang menjadi satu kesalahan, tetapi mungkin tak ramai yang tahu atau endahkan. Yang dimaksudkan ialah penggunaan apa juga jenis tirai atau langsir, dan termasuk segala pelekat hiasan yang dipasang pada cermin kenderaan.

Ini bukan perkara baru; ia memang telah terkandung di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991. “Peraturan yang ditulis sangat jelas, segala pemasangan jenis tirai atau langsir, bahkan pelekat-pelekat hiasan yang diletakkan pada cermin kenderaan adalah dilarang sama sekali,” jelas Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib.

“Pemasangan tirai ini hanya dibolehkan bagi bas-bas ekspres dan juga bas persiaran sahaja. Itu pun, mereka yang ingin berbuat demikian perlu memohon terlebih dahulu dan mendapat kelulusan daripada pihak kami. Untuk kenderaan persendirian, tidak boleh.” tambah beliau.

Bagaimana pula dengan penggunaan tirai atau langsir yang boleh dicabut atau ditanggalkan? Ia sama saja; penggunaannya adalah dilarang di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Jika terdapat aduan dari orang ramai atau ditahan ketika operasi sekatan jalan raya, tindakan selanjutnya adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai bertugas. Pendek cerita, sebarang penggunaan tirai, langsir atau pelindung matahari adalah dilarang.

Menyentuh tentang sebab mengapa penggunaan tirai kekal ini tidak dibolehkan, beliau menjelaskan ia sama juga seperti penggunaan cermin gelap; penglihatan ke dalam kenderaan dari luar perlu jelas dan tidak terhalang.

Ini juga bersangkutan isu-isu keselamatan, dan untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini, seperti aktiviti jenayah, daripada berlaku selain ia juga boleh menghalang penglihatan pemandu. Jika didapati bersalah, pengguna boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000 atau tak lebih sebulan penjara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Roslan on Mar 24, 2018 at 9:05 am

    Tahu tak, segala cermin gelap, tirai, bidai(mcm BMW) yg drpd pembuat/pengilang kenderaan itu adalah sah di sisi undang2.
    Kenapa di senyapkan “Ketakpakaian Kaedah 4A”?

    /Harap penulis bole check

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 2
  • Asrol on Mar 26, 2018 at 12:08 am

    Kalau nak kuatkuasakan peraturan, sasar pada pengilang. pengilang kereta sendiri semasa keluar kereta siap tawarkan aksesori spt di atas. Jgn salahkan pemandu kereta sekiranya banyak aksesori kreta yg menjual. nak saman pergi la kedai aksesori kereta. macam jg rokok,kata haram tapi dok jual jugak

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • suhu panas.pasang aircord pun xsampai belakang dah..tinted xserap haba.kami pula panas nak jalan tengah2 mysim panas ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required