Kastam nafi kenderaan penumpang CKD tak kena SST

Kastam nafi kenderaan penumpang CKD tak kena SST

Baru saja ramai yang lega dengan berita berkaitan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tidak akan dikenakan SST selepas 1 September nanti, seperti yang dilaporkan oleh beberapa media hari ini, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia mengeluarkan pula satu kenyataan penafian terhadap perkara itu.

Menurut pihak Kastam, berlaku sedikit kekeliruan terhadap senarai barang-barang dikecualikan cukai yang dimuatnaik sebelum ini. Dalam kenyataan itu, Kastam menjelaskan bahawa barangan yang dikecualikan daripada SST dalam konteks ini merujuk kepada “komponen yang tercurai bagi pemasangan kenderaan penumpang (Completely Knocked Down—CKD)” sahaja. Ini tidak merujuk kepada kenderaan CKD yang telah siap dipasang menggunakan komponen-komponen yang diimport, ia sememangnya akan dikenakan cukai jualan atau SST.

Berikut petikan asal kenyataan itu:

Barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang tercurai bagi pemasangan kenderaan penumpang (Completely Knocked Down – CKD) sahaja. Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen-komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan.

Dengan ini, Kastam berharap segala kekeliruan atau salah lapor oleh pihak media sebelum ini – yang menyatakan bahawa kenderaan CKD tidak akan dikenakan SST – dapat dijernihkan dan tiada lagi salah faham berkaitan perkara yang dinyatakan.

Jadi, kepada anda yang baru nak seronok sebab ingatkan tak ada SST untuk kenderaan, bolehlah bawa bertenang semula. Secara ringkasnya, produk akhir kenderaan penumpang akan dikenakan SST, tetapi komponen terlerai yang diimport untuk dipasang di sini adalah sebaliknya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Fauzi on Jul 21, 2018 at 2:38 pm

    Macam mana pula dengan Motosikal 250cc ke bawah? Dikenakan SST ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required