BAJET 2019: Subsidi RON 95 30 sen seliter untuk kereta 1.5L, motosikal 125 cc bermula suku kedua 2019

BAJET 2019: Subsidi RON 95 30 sen seliter untuk kereta 1.5L, motosikal 125 cc bermula suku kedua 2019

Menerusi belanjawan yang sedang dibentangkan di parlimen oleh menteri kewangan Lim Guan Eng, kerajaan bakal memberikan subsidi bersasar untuk petrol RON95 berjumlah 30 sen seliter kepada kereta dengan kapasiti di bawah 1.5L dan motorsikal di bawah 125 cc bermula suku kedua tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, subsidi bersasar berkenaan adalah terhad sebanyak 100 liter untuk sebuah kereta dan juga 40 liter untuk motosikal. Kerajaan juga masih belum mengumumkan bagaimana sistem berkenaan akan dijalankan.

Buat masa sekarang, RON 95 ditetapkan pada kadar RM2.20 dan segala lebihan harga terhadap bahan bakar berkenaan adalah diserap sebagai subsidi pukal oleh kerajaan. Dalam pengumuman hari ini, kerajaan juga masih belum menjelaskan adakah harga RON 95 akan diapungkan seperti RON 97 dan hanya mereka yang layak yang akan menerima subsidi, atau ia masih kekal dengan harga RM2.20 seliter.

Perincian penuh berkenaan Bajet 2019 yang berkaitan automotif dan isu berkenaan jalan raya dan pengangkutan pada PAUTAN INI.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Hegohego on Nov 02, 2018 at 5:51 pm

    Simple calculation, you can save rm30 for a car and rm12 for a motorbike right?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • mamat waja on Nov 03, 2018 at 6:46 am

    Lim yang baru sahaja membeli sebuah Honda City Modulo Tuned berharga RM90k tersenyum lebar kerana bakal menikmati subsidi minyak RON95 kerana kereta beliau berkapasiti 1500cc, melayakkan beliau menikmati subsidi minyak selaras dengan bajet kerajaan 2019.

    Manakala Abu yang sudah memiliki Proton Waja base line sejak 15 tahun lepas, yang catnya dah lusuh dan absorbernya dah senget sebelah namun x mampu beli kereta baru disebabkan tiada duit, dan market price pun x sampai RM10k, terpaksa menghadapi prospek terpaksa membayar harga yang lebih tinggi utk minyak RON95 utk keretanya kerana Waja beliau berkapasiti 1600cc.

    Inilah keadilan.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 3
  • Boleh simpulkan statistik jenis dan kapasiti kenderaan di malaysia? dan bg sikit ulasan ttg samada perlaksanaan ni benar2 beri impak pada golongan B40 atau tidak. Sebab rata2 golongan B40 dikatakan memiliki kenderaan berkapasiti 1.6L.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Kebanyakan jenis proton 1.6 dan kete baru2 yg mahal kete cc kecil tp luxury car. Cth crv baru 1.5 tp harga 160+K.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required