Harga motosikal berbeza antara kedai – kami lakukan tinjauan sendiri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Harga motosikal berbeza antara kedai – kami lakukan tinjauan sendiri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Isu harga jualan motosikal yang berbeza apabila dibandingkan antara kedai bukanlah satu isu baru. Ia sudah sering kali menjadi bualan dan ramai juga yang mengatakan mereka mengalami sendiri perkara itu semasa melakukan tinjauan sebelum membeli motosikal.

Bagi mengetahui sendiri benarkah ia terjadi seperti yang disebut-sebut, kami membuat keputusan untuk pergi ke beberapa kedai untuk bertanyakan harga motosikal yang sama. Model yang dipilih sudah tentu adalah Yamaha Y15ZR V2 yang sekarang ini cukup popular, dan sebagai perbandingan, kami turut menyertakan sekali Honda RS150R (warna biasa dan bukannya Repsol).

Untuk kedainya pula, kami tidak membuat pilihan tertentu, dan sekadar memilihnya secara rawak, namun dari beberapa kawasan yang berbeza dan bukan daripada syarikat yang sama. Insurans juga adalah untuk pakej yang sama (first party). Kalau mengikutkan cerita yang didengar sebelum ini, perbezaan harga ini cuma berlaku untuk motosikal kapcai, dan juga model yang popular sahaja.

Anda boleh lihat melalui jadual di bawah, harga jualan tunai yang dikeluarkan oleh kedai A dan B untuk Y15 V2 adalah sama, manakala kedai C dan D pula berbeza dengan satu daripadanya lebih murah dan satu lagi lebih mahal. Sama juga dengan RS150R – tiga kedai memberi harga yang sama sementara satu lagi lebih murah. Harga ini adalah termasuk insurans dan kos pendaftaran lain, sementara harga jualan cadangan tidak termasuk insurans yang dikeluarkan oleh pengilang masing-masing adalah RM8,168 untuk Y15 dan RM7,999 untuk RS150R (warna biasa).

Harga motosikal berbeza antara kedai – kami lakukan tinjauan sendiri di sekitar Kuala Lumpur dan SelangorHarga motosikal berbeza antara kedai – kami lakukan tinjauan sendiri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Jadi, dari sini sahaja kita boleh lihat apa yang dikatakan itu adalah benar. Sekiranya anda bercadang untuk membeli motosikal tersebut melalui pinjaman sewa beli, tiga kedai yang berada dalam senarai memberikan sebut harga yang sama kerana ia adalah daripada pemberi pinjaman yang sama iaitu Parkson Credit, sementara satu lagi kedai memberi harga yang lebih murah kerana menurut pekerjanya ia adalah kadar istimewa yang diberikan oleh AEON Credit sebagai promosi.

Walaubagaimanapun, kira-kira yang diberikan ini cuma adalah anggaran kerana menurut beliau lagi, kadar ini boleh berubah bergantung kepada pemohon dan jika rekod mereka baik, ia mungkin boleh pergi lebih rendah. Pinjaman sewa beli ini juga bergantung kepada berapa jumlah bayaran deposit serta tempoh bayaran yang anda mahukan.

Jika diikutkan, memang kami mahu bertanya pelbagai lagi perkara berkenaan harga yang berbeza ini kepada pekerja kedai-kedai ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak begitu ramah kecuali Kaka (nama panggilan ringkas beliau) daripada kedai C (harga paling murah).

Kaka memberitahu kedai beliau adalah pengedar rasmi (official dealer) dan “pemilik kedai adalah seorang yang jujur.” Disebabkan itu, semua stok mereka datang terus dari kilang (Hong Leong Yamaha atau Boon Siew Honda), sementara ada antara kedai lain yang menjual dengan harga lebih mahal ini mungkin adalah ‘sub dealer’.

Kemudiannya anda juga boleh melihat waktu menunggu untuk motosikal ini adalah berbeza. Disebabkan baru sahaja dilancarkan bulan lalu dan permintaannya tinggi, pembeli perlu menunggu tiga hingga empat minggu untuk Y15 (warna hijau yang cukup popular lebih lama) sementara RS150R pula ada yang sudah tersedia di kedai.

Kami juga mendapat tahu, jika ada pembeli yang mahukan motosikal mereka dengan lebih cepat, mereka boleh membayar lebih (tidak pasti berapa banyak) dan ‘memotong barisan’ sedia ada. Peluang juga lebih cerah sekiranya anda membayar secara tunai.

Daripada tinjauan kami ini, beza harganya mungkin cuma beberapa ratus sahaja, dan ini mungkin kerana semua kedai berada dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Namun, ada yang mendakwa ia boleh jadi lebih teruk, sehingga RM12,000 untuk Y15. Kalau anda ada pengalaman sendiri, cuba kongsikan di ruang komen.

Jadi kami harap melalui artikel ini pihak yang berkuasa dapat mengambil langkah-langkah sepatutnya bagi mengelakkan perkara ini berleluasa dan sekaligus tidak membebankan pengguna atau orang ramai. Tanpa sebarang kawalan, isu ini akhirnya akan bergantung kepada persoalan bekalan dan permintaan (supply and demand) manakala penjual pula semakin besar kepala. Anda sebagai pengguna bijak sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Ya… mmg berbeza walaupun antara dealer dgn dealer. Saya sendiri pernah mengalami bila mahu beli motor.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Mahadi Saran on May 23, 2019 at 8:50 am

    Jika anda hendak membeli kereta baru, sebagai contoh Honda City, walau di mana showroom Honda yang anda tanya, harganya tetap sama. Iaitu harga yang ditetapkan oleh pengeluar. Lain pula halnya dengan motosikal. Walaupun pengeluar seperti Yamaha dan Honda telah menetapkan harga jualan sesuatu model, akan wujud perbezaan harga bila sampai kepada pengedar. Soalan pertama yang ditanya oleh pengedar adalah “beli cash ke hutang?”. Jika beli secara kredit, pengedar akan “mark-up” harga yang telah ditetapkan oleh pengeluar mengikut selera mereka. Biasanya antara 5 hingga 10% lebih daripada harga asal. Selain itu, kadar faedah pinjaman adalah berdasarkan harga “mark-up” tersebut dan bukan harga pengeluar. Pembeli secara kredit akan menanggung 2 jenis “faedah”. Yang pertama nilai ‘mark-up” dari penjual dan kedua kadar faedah daripada pemberi pinjaman yang biasanya mencecah lebih 10% setahun. Siapa yang untung? Rangkaian pengedar akan mengaut untung 2 kali. Yang pertama daripada pengeluar melalui beza harga belian dan jualan, dan kedua daripada pembeli melalui “mark-up” harga asal. Syarikat pemberi kredit hanya mengambil keuntungan melalui kadar faedah. Siapa yang rugi? Sudah semestinya rakyat marhaen yang terpaksa membayar 2 jenis “faedah”!Kerajaan perlu melakukan sesuatu agar perkara ini tidak terus berleluasa. Seragamkan harga motorsikal sepertimana harga kereta. Barulah nanti kita dapat melihat persaingan yang sihat antara pengedar untuk mendapatkan pelanggan.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 103 Thumb down 0
    • Usamah Amin on Jul 03, 2019 at 10:39 am

      yes ini betul..
      sangat setuju..

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 1
    • Fazli on May 01, 2021 at 5:51 am

      Stuju..tp siapa nk ambk tahu luahan rakyat jika 2 3 org sja..

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • Fauzan on May 31, 2021 at 11:17 pm

      x rugi mane pon, i byr 2k untuk Y15, bulanan xbyr trus. Untung gila 2k dpt Y15. Wakaka

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 24
    • betul sangat tu , bila nk beli cash tak dibenarkan pulak.. buat loan kedai dah kena mark up, bila tanya lebih2, alasannya kedai ada COST OF FINANCE , interest dah 10%, berganda untung ke kedai mcm tu…

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Mahadi Saran on May 23, 2019 at 10:06 am

    Mana komen yang saya hantar sebelum ni?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 6
  • Mr. Octopus on May 23, 2019 at 10:13 am

    Harga tunai siap otr – RM10,000
    Harga motor sahaja – RM8,168
    Kalau insurans anggaran dlm RM400, maknanya upah daftar dia RM1.5k??

    Xde sapa report ke KPDNKK ke?

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 73 Thumb down 13
    • senang bersama on Jan 08, 2020 at 1:40 pm

      kalo buat apa tindakan seterusnya??result mcm tu jgk..so tiada fungsi utk report

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
    • Aku try pergi kebanyakkan kedai untuk beli motor tanpa insurans tp diaorg ckp xjual…dia org jual OTR….lepas tu ada salah sorang pekerja bgtau keuntungan kedai motor ni pada insurans sebab kat situ dia boleh makup…kalau buat sendiri insurans baru 300-500 tp kalau kat kedai diaorg buat hampir 1k

      Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • michelin on May 24, 2019 at 4:08 pm

    dan apabila pembekal + pengedar berpakat dengan pemiutang, makin Tel Aviv harga motor kat Malaya. belum campur insurans + JPJ lagi.

    Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 0
    • peminat motor on Jun 03, 2019 at 4:04 pm

      saya rasa dah sampai masanya untuk pengguna motorsikal bersatu / bepersatuan utk melawan monopoli kedai motor

      Like or Dislike: Thumb up 37 Thumb down 0
  • Pencinta Malaya on Jun 04, 2019 at 9:46 am

    Yes betul
    tapi sayangnya. rakyat malaysia tak nak bersatu utk atasi sama2 isu berkaitan ini.
    hanya berdiam dan mungkin ada yang sudah melaporkan pada pihak berkenaan dan tidak ada tindak balas selepas itu.
    kedai yang dikuasai oleh cina tidak akan takut selagi mana rakyat malaysia khas untuk orang melayu tidak BERSATU.. percaya lah melayu bersatu tidak kira lah anda siapa dan apa pun anda..anda bersatu maka tidak siapa akan berani melawan/menggunakan anda.

    maka dengan itu renung2kanlah..dan selamat bergabung
    #PEACEWITHLOVE

    Like or Dislike: Thumb up 36 Thumb down 6
    • Malaya on Jul 03, 2019 at 10:44 am

      yes betul..

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
    • Jangan bilang Melayu, Cina ke India ke apa la. Ini antara peniaga potong leher dan pembeli golongan rakyat biasa. Gabung ikut kategori pembeli sudah la. Ingat Cina tak makan Cina ke? Kalau dah duit tak kira bangsa oiii. Tak kira bangsa apa pun, kita juangkan keadilan bukan warna kulit.

      Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 2
  • Prihatin on Jun 27, 2019 at 3:48 pm

    Ye betul saya tanya di area Senawang harganya amatlah tinggi dan di markup habis. 11k++ price on the road (cash). Totattly absurd. Sebab motor panas kedai markup kaw-kaw

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
  • Zkawa on Jun 27, 2019 at 3:50 pm

    Totally agreed

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • apa nama kedai c tu boleh bagi alamat

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  • Geralt on Jul 09, 2019 at 9:59 pm

    Aku nak survey harga. Kalau ikutkan tempat aku kira murah sikitlah banding dengan kedai² atas ni. Y15zr bawah 10k dah dapat. Rs repsol 9.6k yg lain 9.2k. Memang mark up betol harga motor camni. July 2019.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Pariz on Jul 10, 2019 at 5:28 pm

    Tidak survey sekali ke harga cash dengan harga hutang?itu lagi yahudi. contoh harga cash 11000,kalau harga htg ada kedai bagi 14000.diaorang dh mkn 3k dh dkt c2.pas2 baru tolak dgn downpayment.what the hell…

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
    • Doktorvok on Sep 29, 2022 at 9:35 am

      Benar.. harga bincang 11k otr.. tp bila nk sign jd 13k pulak.. kalau buat report rasa2nya boleh fight tak isu ni..?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Luqman on Aug 20, 2019 at 6:14 pm

    Kedai sungai buloh yg dekat dngn kilang lagi mahal

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • rama siva on Dec 11, 2019 at 8:45 pm

    Saya tinjau harga di 4 buah keda di puchong dan setiap satu dengan harga yang berbeza. Terkejut.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Hafizy on Dec 12, 2019 at 11:17 pm

    Bleh recommend kedai mana yang murah untuk beli Y15?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 5
    • Usamah Amin on Jan 08, 2020 at 4:10 pm

      tak blh nak bantu sebab mejoriti kedai letak harga atas 10k..saranan saya jangan la beli..kita terlalu berlembut dan beli produk mereka sebab nak dapatkan 1brg sampai kita sendiri yg binasa..HLY tak buat apa pn kalo kita report etc..jalan terbaik jgn beli brgn mereka..biar mereka sedar bahawa pengguna lebih penting daripada sales mereka..sales tak akan jalan kalo pengguna tak ada..saya sendiri pengguna yamaha sejak 2009..dan amat kecewa ttg yamaha sendiri..lagi2 harga yang melampau naik..tanpa pantauan etc..saya tahu kalo kita post sini pn tak jalan apa utk mereka..so sama2 lah boikot ini produk! 2ja terbaik~

      Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 0
  • Apesal Tanya Nama Aku on Sep 19, 2020 at 3:12 am

    beli la cash dari kedai. Guna loan pembiayaan motor direct dari bank. contoh Bank rakyat & Al-Rajhi bank

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3
  • safuan muslim on Oct 13, 2020 at 4:42 pm

    salah sejahtera semua. aku salah seorang yang berminat utk beli Y15 red matte ni dan hasil carian aku secara online dan di kedai2 area shah alam rata-rata harga adalah RM 10,200-10,300 sebuah. namun, jentera model ini mempunyai masalah stok. hari ini aku check sebuah kedai di gombak ada stok tapi harga yahudi mabuk iaitu RM 11,500 cash price.. aku dengan sukacitanya buat aduan di KPDNHEP di eaduan.kpdnhep.gov.my.

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 5
  • Hafiz on Nov 03, 2020 at 9:02 am

    Sapa yang nak cari y15 tu datang sekinchan nama kedai motor “Hup Hin Motor” dealer yamaha. aku dapat harga cash otr RM9600. Tapi sekarang tgh tunggu stock warna blue storm. Mcm haram dah sebulan lebih tunggu sebb yamaha memang xde stock.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Aku setuju bab monopoli harga motor ni. Memang kedai mentekadarah jenis Yahudi Mabok. Aku ada 2 biji moto.. 1 MR* harga mmg ikut saranan Moden**.

    Satu lagi RS15* jenis.. Ko tanya kedai ada yg jual sampai RM11k. Padahal Hon** syorkan RM8199.. klau cmpur insuran pun patutnya RM8,600.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Nur Syafiyyah alia bt saifudin on Dec 22, 2020 at 1:35 pm

    Y15zr

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • FAIZAH SAMSUDDIN on Dec 30, 2020 at 11:56 am

    Kerajaan tidak akan mengambil tindakan jika ianya memberi kepentingan pada orang orang tertentu. Mereka akan tutup mata. susah tetap rakyat yg tanggung.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Anonymous on Feb 11, 2021 at 9:53 pm

    Sila buat aduan ke KPDNHEP dan jabatan-jabatan berkaitan kepenggunaan.
    https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Razlan on Mar 14, 2021 at 10:14 pm

    kalau macam saya sewa beli moto tapi bayar kedai memang tak dapat gran ke atau mcm mna mohon pegetahuan???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Bila nak buat persatuan penunggang2 motor ni? Saya nak daftar jadik ahli

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Anthony Puret on Apr 15, 2021 at 11:23 am

    Nak tanya..harga motorsikal honda dash 125 rm5,999..kenapa harga motosikal honda dash 125 on the road di sarawak jika di bayar cash berharga rm7480..perbezaan harga lebih kurang rm1481..saya ingin tahu berapakah harga sepatutnya motorsikal tersebut di sarawak..harap saya mendapat jawapan daripa pertanyaan saya..terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Hello sy baru nk beli moto down paymen bajet 4500 bln2 dlm 303 selama 3taon mau pgi 14k mcm tu ke harga dia??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Aiman on Aug 03, 2021 at 4:44 pm

    Harga yg dicadang oleh pengeluar sepatutnya pengedar perlu menjual pd hrga tersebut, cadangan harga jualan telah mengambil kira % margin keuntungan pengeluar dan pengedar. Sedangkan sesuatu ketetapan berkenaan harga cadangan telah dipersetujui oleh persatuan2 pengedar bersama syarikat pengeluar sebelum sesebuah model kenderaan itu dilancarkan lagi. Jadi sepatutnya tidak timbul isu yg membabitkan perbezaan harga mengikut kawasan seperti diatas. Kerajaan perlu wujudkan satu akta baru yg lebih khusus yg dpt mengawal harga jualan motosikal jenis kapcai daripa trus dimanipulasi oleh taikun-taikun dealer kapcai yg telah berabad lama mencekik darah pengguna yg rata2 adalah golongan B40 dan M40.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Lisa Sabari on Jun 01, 2023 at 6:09 pm

    Sy ambik alih sambung bayar motor arwah Ayah sy Yang meinggal. Sy nak selesai kan hutang arwah di kedai motor. Bayaran bulan RM600. Malah sy bayar setiap bulan RM650. Balance motor yg perlu sy bayar RM32k ++. Sy bayar setiap bulan tampa tunggak kan. Tetapi masa first day di umum kan PM PKP lockdown. Dan ada buat metrium kepada semua. Sy pn tk bayar lah. Sbb ingat automatic seluruh malaysia. Hanye 1 bulan sahaja. Bulan kedua pihak kedai hantar surat untuk buat bayaran. So sy pun buat bayaran seperti biasa cuma pending 1 bulan je payment. Kedai motor tu cas sy setiap bulan interes harian? Sampai skg. Jadi setiap bulan sy bayar pasti dia tolak interes. Sampai jadi 4 bulan tertunggak punya. Sy Cuba tanye pada pihak kedai. Mereka cuba Permain kan sy. Sy 1 kali je tak bayar masa PKP. Kenapa memjadi sampai 4 bulan punye bayaran tertunggak. Senang kan sy bayar setiap bulan 1HB. Ibarat macam cas ah long. Boleh bantu sy. Apa harus sy buat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Fairozakwan on Aug 16, 2023 at 2:40 pm

      Ni mesti AEON kan? memang AEON bagi sebulan je masa memorium zaman PKP hari tu. Cuba lawan tanya mengamal perundangan settlekan sebulan je tak bayar, cas 4 bulan tak bayar gila tu.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • azroy on Oct 07, 2023 at 4:31 pm

    aku stay Kajang booking motor kt Jb,telah aku usya harga kt area selangor tpi kt jb murah 3k mcmtu so aku booking rm500 .. selepas hampir 2bulan tunggu kedai kata harga motor tersebut naik(market rate)?? harganya lebih kurang dngn kedai di Selangor. aku tknk ganggu emosi mental minta refund rm500 setel..rasa mcm tertipu pun ada mula booking harga lain then tengahnya naik harga

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required