Toyota Granvia didedahkan – van mewah 8-tempat duduk berasaskan Hiace, kelengkapan seakan Vellfire

Toyota Granvia didedahkan – van mewah 8-tempat duduk berasaskan Hiace, kelengkapan seakan Vellfire

Seingat penulis, kali terakhir sebuah ‘people mover’ mewah yang diasaskan dari sebuah van adalah Toyota Townace pada era 80’an dan 90’an. Van keluarga yang diasaskan dari Liteace tersebut diberikan pelbagai ciri yang lebih premium seperti tempat duduk yang dibalut dengan fabrik seakan baldu dan juga bumbung kaca dari kabin hadapan hingga belakang.

Selepas itu, kebanyakkan van hanya digunakan untuk tujuan-tujuan komersial seperti mengangkut barang dan juga pekerja/pelajar Manakala tugas untuk kegunaan keluarga diberikan kepada pelbagai model-model MPV yang lebih selesa. Mungkin kerana rekaan asas suspensi pada Hiace generasi baharu yang dihasilkan bagi memberikan kabin lebih selesa, Toyota telah menghasilkan versi mewah van berkenaan yang digelar Granvia.

Model ini baharu sahaja didedahkan, dan Australia adalah pasaran yang telah sah untuk menerima van mewah berkenaan bagi menggantikan Toyota Tarago (dikenali sebagai Estima di Malaysia), bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Toyota Granvia didedahkan – van mewah 8-tempat duduk berasaskan Hiace, kelengkapan seakan Vellfire

Berbanding MPV mewah sebenar Toyota Alphard dan Vellfire yang mempunyai tiga baris tempat duduk, Toyota Granvia ini hadir dengan dua versi iaitu empat baris tempat duduk dengan konfigurasi muatan untuk lapan-orang, dan juga versi tiga baris tempat duduk untuk muatan enam-orang – kedua-dua digredkan sebagai premium.

Tiada perincian penuh didedahkan oleh Toyota, namun menerusi imej yang disiarkan, versi paling mewah akan menerima captain seat ‘ottoman’ pada barisan kedua dengan jarak rel larasan yang panjang berkuasa elektrik. Ciri lain yang turut disahkan termasuk pintu gelangsar belakang berkuasa, tempat duduk hadapan larasan berkuasa dan juga upholsteri balutan kulit.

Toyota Australia turut mengesahkan bahawa Granvia hanya menerima satu pilihan enjin turbodiesel (mungkin unit 2.8 liter sama seperti Hiace standard) dan sistem suspensi belakang bebas dari jenis 4-link dengan spring gegelung. Ia juga akan dilengkapkan dengan sistem infotaimen generasi baharu Toyota yang terhubung sepenuhnya dengan empat port USB serta 12-pembesar suara.

Untuk keselamatan, Toyota Granvia menerima sembilan-beg udara dan pakej keselamatan Toyota Safety Sense yang menampilkan sistem seperti cruise control adaptif dengan amaran pra-pelanggaran serta pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal.

“Sama ada anda perlukan shuttle untuk hotel lima-bintang, pengangkutan korporat untuk eksekutif senior atau sebagai kenderaan keluarga yang mewah dan besar, Granvia baharu ini sesuai untuk semua tugas tersebut,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley.

“Dengan rekaan bergaya diinspirasikan dari Eropah, keselesaan luar jangkaan, prestasi yang diperhalusi, ciri-ciri keselamatan bertaraf tinggi dan pelbagai lagi kelengkapan standard yang mengkagumkan, Granvia baharu sememangnya pilihan muktamad untuk kenderaan penumpang yang mewah,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • vito dgn class pun mcm tu jugak

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • drMpower on May 23, 2019 at 3:20 pm

    Come here and sell it between 180-220 surely sell. There is a gap on big movers here

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
    • Danny Tay on Aug 29, 2019 at 3:09 pm

      are you sure? if toyota cant sell it can they sue you instead? how would you know things that can sell well here? even maxus having the best packaged MPV still struggle to sell their product.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • DrRur on May 23, 2019 at 8:40 pm

    How many isofix?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • boringdesign on Jul 24, 2019 at 2:28 pm

    bye bye toyota…!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required