Proton Saga 2019 vs Perodua Bezza – kami banding kos servis keduanya bagi tempoh 5 tahun/100,000 km

Proton Saga 2019 vs Perodua Bezza – kami banding kos servis keduanya bagi tempoh 5 tahun/100,000 km

Minggu lepas Proton telah melancarkan Saga facelift terbaru, yang bersaing terus dengan Perodua Bezza. Dengan harga yang bermula RM32,800 (tanpa insurans) untuk varian paling asas, ia tentunya satu pilihan yang menarik, tetapi ada yang mahu mengetahui kos penyelenggaraannya.

Untuk itu, kami telah mengumpulkan maklumat berkenaan perkara ini, dan anda sekarang boleh melihat dengan lebih mudah berapakah kos untuk menjaga dua model sedan ini. Maklumat yang anda lihat ini boleh didapati daripada laman web Perodua serta aplikasi MyProton.

Untuk menjadikan perbandingan ini wajar dan adil juga, kami cuma akan mengambil Bezza varian 1.3 liter kerana itulah kapasiti enjin sama yang digunakan bagi Saga baru untuk semua varian yang ditawarkan.

Proton Saga 2019 vs Perodua Bezza – kami banding kos servis keduanya bagi tempoh 5 tahun/100,000 km

Klik untuk besarkan

Untuk transmisi pula, Bezza 1.3L ditawarkan dengan unit manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan bagi varian Premium X, manakala varian Advance paling tinggi pula cuma datang dengan transmisi automatik empat kelajuan. Saga juga mempunyai pilihan transmisi yang sama, tetapi unit empat kelajuannya adalah baru dan menggantikan unit CVT yang digunakan sebelum ini. Hanya varian Standard ditawarkan dengan transmisi manual dan automatik manakala varian Premium cuma datang dengan transmisi automatik.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi ini, secara keseluruhannya Saga adalah lebih murah untuk dijaga berbanding Bezza dalam tempoh lima tahun/100,000 km, tak kiralah transmisi apa pun yang dipilih. Walaubagaimanapun, perbezaannya tidaklah begitu besar, dengan yang paling tinggi adalah RM92.97 bagi versi automatik.

Melihat kepada jadual servis berkala mengikut barang, anda dapat menyaksikan penapis udara serta palam pencucuh Saga perlu ditukar lebih kerap berbanding Bezza. Walaupun begitu, kos penukaran barang ini dalam tempoh 100,000 km bagi Saga masih lagi lebih murah berbanding Bezza kerana enjin 1NR-VE Bezza menggunakan palam pencucuh iridium manakala Saga menggunakan palam pencucuh biasa.

Proton Saga 2019 vs Perodua Bezza – kami banding kos servis keduanya bagi tempoh 5 tahun/100,000 km

Proton Saga 2019 1.3L AT dan MT; klik untuk besarkan

Bezza juga menggunakan penapis udara lebih mahal, yang perlu ditukar dalam selang masa 40,000 km dan 80,000 km, atau setiap 20,000 km sekiranya anda memilih jadual servis penyelenggaraan Pro Care (pilihan tambahan) yang disediakan oleh Perodua.

Mahu juga dinyatakan di sini bahawa minyak transmisi automatik Bezza perlu ditukar pada 40,000 km dan 80,000 km, manakala Saga pula cuma perlu melakukan perkara yang sama pada 60,000 km. Tetapi, jumlah dua kali penukaran pada Bezza adalah kurang berbanding penukaran satu kali pada Saga.

Untuk versi manual pula, minyak transmisi Bezza adalah lebih murah berbanding Saga, meskipun ia perlu dtukar dua kali sepanjang 100,000 km. Pada bahagian lain, Saga juga memerlukan penukaran penapis minyak setiap 30,000 km dan penukaran tali sawat FEAD, sementara pada Bezza ia tidak perlu dilakukan.


Perodua Bezza 1.3L AT (kiri), MT (kanan); klik untuk besarkan

Kos penyelenggaraan Bezza sebenarnya boleh jadi lebih tinggi sekiranya anda memilih pakej Pro Care, yang termasuk penukaran minyak brek, palam pencucuh serta penapis udara lebih kerap. Perodua juga menyarankan penjajaran semula tayar serta servis pendingin hawa pada tempoh masa tertentu, di mana untuk Saga ia tidak dinyatakan.

Anda juga perlu tahu bahawa masih ada beberapa lagi faktor yang tidak diambil kira di sini seperti penggunaan bahan api serta bahan lusuh lain seperti pad brek, penyerap hentak, bateri serta tayar yang berbeza antara dua model ini, serta cara penggunaan pemilik masing-masing.

Dengan semuanya telah ditunjukkan di sini, apakah pendapat anda berkenaan kos penyelenggaran Saga dan Bezza? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Angka yang ditunjukkan adalah berdasarkan apa yang terpapar dalam laman web pengeluar pada waktu artikel ini ditulis, dan harga sebenar mungkin boleh berubah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Darwin tan on Aug 14, 2019 at 10:40 pm

    Bezza guna technology dual VVTi 2 generasi lebih dari maju dari VVT . Tunggu geely punya engine baru compare

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
  • Abdul Aziz bin Sharun on Aug 14, 2019 at 11:23 pm

    Kos tukar timing bell tuk proton saga 2019 hampir mencecah Rm 500Termasuk minyak hitam filter.Kenapa Proton tak tukar timing cain untuk jimat kos.Sebab tu ramai pemandu grab car guna Bezza.Harap pihak Proton dapat buat kajian .

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 7
  • Fatimah on Aug 14, 2019 at 11:51 pm

    Sy pengguna Bezza 1.3 Advance..sejak nov 2016
    Hingga ke hari ini..kereta sy tiada apa apa masalah..masih dalam keadaan baik..servis ikut jadual..plug masih berfungsi dengan baik.
    Tidak salah pada pilihan sy ..pada awalnya untuk membeli Proton Saga Premium X ..tetapi berubah fikiran saat akhir..kerana memikirkan sblm ini sy telah menggunakan 3 buah kereta dari Perodua..Kancil 600..Myvi1.5..dan Viva Auto..ketiga tiga jenama Perodua ini membuatkan sy sangat berpuashati..sy trade in kereta kancil..sy beli Bezza..ya..keputusan muktamad utk tetap memilih Bezza..kerana sy yakin Bezza jg mampu memberi kepuasan yg berbaloi..dari segi penjimatan minyak..

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 19
  • Share la penggunaan fuel consumptions kedua2 jenis kereta ini..saya rasa,,pembeli lebih berminat kepada kereta yang lebih save penggunaan minyak…

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 12
  • hafis ghafar on Aug 16, 2019 at 4:17 pm

    dr penjimatan bahan api antara saga baru ni dengan bezza xjau lari pn….kl ke jb cuma menang bezza rm3 je..dr segi pemanduan saga baru ni lebih mantap xlari bawah pn amik selekoh time laju…bezza mgkin body ringan…penambah baikkn saga baru skg memang byk perubahan bbanding saga 2016….lebih sporty kabin dalam lebih luas..yg paling aku suka ada touch skin..lg 1 dh xda dh org nk komplin2 psal cvt sb depa dh gantikn ngn gear box hyundai..versi primium saga ni kira full spack la gape harga antara bezza full spack 8k boh..mcm2 leh buat ngn 8k tu.batter buat masa skg saga facelitf lg berbaloi…dl ingt nk amik bezza tp bila tgk saga baru ni lg mantop xjd amik bezza syabas proton..

    Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 13
    • Full spec. Bkn full spack. Malu la der english berterabur

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 65
      • apahal? on Jan 14, 2020 at 11:49 am

        der?lagi jahanam..brother la yang sebetulnya

        Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 1
        • MaluXpandaiEnglish on Aug 09, 2023 at 6:27 am

          haha tu la tu.. beria dia nk cite malu tak malu.. mat saleh yg dari kecik dah pndai english pon takde nk gelakkan bangsa lain yg tak pndai english tp cuba nk ckp english.. dorg lg suka.. janji boleh communicate n masing2 faham apa yg nk disampaikan.. ni bukan spm nk dapat A haha

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Xpa biar english berterabur janji faham apa maksud yang nak disampaikan

    Like or Dislike: Thumb up 46 Thumb down 2
  • RAYZEN on Oct 01, 2019 at 12:35 pm

    SO MANA SATU YANG BETTER?BEZZA ATAU SAGA? BEZZA TGH ADA MASALAH STOK..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • khairy on Nov 05, 2019 at 2:58 pm

    baru saja test drive saga baru 2019 premium spec. komen saya jarak pedal minyak dengan pedal brek agak rapat sehingga bila nak tekan brek terkena sedikit pedal minyak. pecutan ok cuma masa nak membrek terasa brek agak lambat memberi respon. kena tekan kuat sikit pedal. dalaman kemas. seat belakang lebih comfort berbanding bezza. tiada auto lock bila kereta mula bergerak atau brek ditekan. boleh la dengan rega tu. padan dah utk family moderate.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • caer wan on Jan 13, 2020 at 10:28 am

    tgh memikior sama ada saga 2019 atau bezza 2020.. tlg rekemen skit… hehe
    istikharah cinta memanggilku..:D

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Tellmewhy on Feb 13, 2020 at 10:54 pm

    Saga atau bezza
    Please siapa yang pakai salah satunya sila bagi pendapat dari segi kos maintenance. Saya pun dah test keduanya rasa saga lagi memuaskan berbanding bezza.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 30
 

Add a comment

required

required