PDRM umum diskaun 50% untuk saman trafik, hanya pembayaran secara dalam talian dari 18 Jan-1 Feb

PDRM umum diskaun 50% untuk saman trafik, hanya pembayaran secara dalam talian dari 18 Jan-1 Feb

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50% bagi pembayaran saman trafik secara dalam talian bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50%. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya.

Anda semua boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Azisman turut memaklumkan kadar kemalangan maut pada tahun 2019 dilaporkan turun sebanyak 1.8%, dengan sejumlah 5,763 kes berbanding 5,870 kes pada tahun 2018.

“Ini merupakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JSPT yang kami berjaya turunkan sebanyak 107 jumlah kemalangan maut, atau 1.8 peratus. Walaupun jumlah kecil tapi ini KPI kita, dan kami berharap jumlah ini semakin berkurang setiap tahun,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • halim on Jan 23, 2020 at 2:49 am

    x sempat pun nak bayar, server pdrm dah overload rasanya, dan maklumat tarikh diskaun saman 50% sehingga 1 februari sebenarnya sampai 22hb februari sahaja, harap pdrm lanjutkan lagi tempoh masa

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • 22 februari atau 22 Januari ya? Saya check harini tiada diskaun. Mohon perhatian PDRM berkenaan perkara ni. Berdasarkan iklan sehingga 1 Februari 2020.

      Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
    • tu lah, Baru nak bayar tapi tak nampak discount pun? Dah habis kouta?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Suman Ratnam on Jan 23, 2020 at 4:08 pm

    Saya baru hubungi kedua dua MYEG dan Rilek, saya diberitahu bahawa tarikh akhir semalam. Tapi semua artikal dari media menyatakan 1 Februari sebagai tarikh akhir. Mohon pihak PDRM melanjutkan tarikh seperti yang di siarkan di media.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • saya baru nak bayar saman kerana dengar ada diskaun 50% smpai 1feb. tapi bila check. sama sahaja. tiada kekurangan diskaun pun. harap pdrm perhatikan

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 3
  • syuhada on Jan 25, 2020 at 9:43 pm

    Date yg dinyatakan drpd 18 jan sehingga 1 feb.Sy baru nk buat pemabayaran harini,tp dah xde diskaun.harap pihak PRDM lanjutkan date spt yg dinyatakan.TQ

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Nadzirah on Jan 28, 2020 at 10:14 am

    Saya mahu membuat pembayaran pada hari ni tapi tiada lagi discount 50% seperti yang di iklan sampai 1 1 februari 2020. Harap pdrm melanjutkan tempoh discount seperti yang di nyatakan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • engku wan on Jan 28, 2020 at 12:27 pm

    pada tarikh 22/1 saya nak buat pembayaran untuk saman tetapi bila buka apps MyEg, server untuk saman pdrm under problem.Sampai malam saya cuba tapi masih sama, esoknya nak bayar harga dah jadi sama, dah takda diskaun. Mohon jasa baik pihak PDRM lanjutkan tarikh diskaun mengikut notis yang telah diberikan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • jabar on Jan 28, 2020 at 1:00 pm

    mana diskaun?? sehinga 1 hb feb 2020 ?? adakah ada lagi atau tiada??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ganesh Raj on Jan 28, 2020 at 8:39 pm

    Tadi cuba nak bayar tapi saman masih tunjuk harga asal. Berita semua kata sampai 1 Feb. Ni betul ke atau main2 ni?!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Khadijah Rais on Jan 29, 2020 at 4:17 pm

    betul..saya ingat sampai 1 february 2020. tapi bila check masih sama..saya harap PDRM ambil perhatian berkenaan hal ini.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Muhamad Syazwan Bin Mahadi on Jan 29, 2020 at 10:13 pm

    Dalam media berita memberitahu tarikh akhir sampai 1 februari 2020 tapi kenapa ada menyatakan sampai 22 januari 2020 baru nak bayar dapat gaji harap tarikh dilanjutkan sampai tarikh yang sepatutnya diberitahu sekian terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required