KTM 390 Adventure bakal tiba di M’sia tengah tahun?

KTM 390 Adventure bakal tiba di M’sia tengah tahun?

Motosikal jenis adventure nampaknya sekarang semakin mendapat perhatian ramai, dan KTM mempunyai model permulaan yang agak menarik iaitu 390 Adventure. Berita baik untuk penggemar di Malaysia, kami mendapat khabar daripada sumber yang rapat berkenaan perkara ini bahawa ia akan tiba di Malaysia pada pertengahan tahun 2020 – mungkin bulan Mei atau Jun.

Setelah tiba, KTM Malaysia mungkin perlu mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum ia boleh dilancar, kerana perlu mendapatkan kelulusan daripada beberapa badan lain termasuk JPJ. Harganya pula dijangka lebih daripada RM30,000.

KTM 390 Adventure menggunakan asas yang sama seperti Duke 390, tetapi ia dijadikan lebih tinggi dengan suspensi depan dan belakang yang mempunyai jarak gerak masing-masing 170 mm dan 177 mm, rim 19 inci di hadapan, tangki bahan api 14.5 liter dan panel badan seperti 790 Adventure.

Enjinnnya masih lagi adalah unit satu silinder 373 cc DOHC dengan kuasa 43 hp dan 37 Nm tork, digabungkan bersama kotak gear enam kelajuan dengan klac anti slip PASC. Brek menggunakan unit Bybre dengan angkup piston di hadapan dan satu piston di belakang.

Pada bahagian elektronik, selain sistem brek ABS two channel, motosikal ini juga dilengkapi dengan mod Offroad ABS (tiada ABS di bahagian belakang), Cornering ABS dan Motorcycle Traction Control (MTC). Tinggi tempat duduk adalah 855 mm.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required