VIDEO: Kawasaki ZX-25R diuji oleh pelumba WSBK

Kawasaki ZX-25R mula membuat penampilan di Tokyo Motor Show hujung tahun lalu. Kemudiannya, beberapa siri teaser dikeluarkan; bukan oleh ibu pejabat Kawasaki di Jepun atau pengedar mereka di Eropah, tetapi oleh Kawasaki Indonesia.

Ia sepatutnya membuat penampilan waktu satu acara khas di Jakarta 4 April ini, tetapi telah dibatalkan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, Kawasaki Indonesia telah mengumumkan tempahan motosikal ini akan dibuka pada tarikh sama di sana.

Menambahkan lagi keterujaan ramai terhadap motosikal 250 cc empat silinder ini, mereka juga telah menyiarkan satu video yang menunjukkan pelumba profesional Kawasaki Racing Team, Alex Lowes dan Jonathan Rea mengujinya di Litar Jerez, Sepanyol.

VIDEO: Kawasaki ZX-25R diuji oleh pelumba WSBK

Mereka memanggilnya seperti satu versi yang lebih kecil bagi motosikal lumba mereka dan dalam video ini anda boleh melihat ia dikerah sehingga hampir 17,000 rpm pada gear lima, dan mencecah 160 km/j sebelum masuk pula kepada gear enam.

Kemudiannya sudah tentu, anda juga boleh mendengar jeritan enjin empat silinder ini yang lebih nyaring, dan berbeza berbanding enjin dua, atau satu silinder yang biasa digunakan pada motosikal 250 cc. Di penghujung video, Kawasaki memberitahu akan menyiarkan lebih banyak lagi rakaman yang menarik berkenaan motosikal ini. Kami juga sempat mendekatinya semasa di Tokyo dan anda boleh melihat videonya di sini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required