Panggilan semula pam bahan api Toyota – giliran Avanza yang dibuat dari Okt 2017 hingga Jun 2019

Panggilan semula pam bahan api Toyota – giliran Avanza yang dibuat dari Okt 2017 hingga Jun 2019

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan panggilan semula terbaharu berhubung masalah pam bahan api, kali ini melibatkan 3,923 unit Toyota Avanza yang dibuat bermula Oktober 2017 hingga Jun 2019. Menurut UMWT, model lain yang tidak dinyatakan tidak terlibat dalam panggilan semula kali ini.

Pam bahan api (petrol) pada unit-unit Avanza yang terlibat ini mungkin boleh berhenti beroperasi, dan lampu serta mesej amaran akan terpapar pada panel instrumen. Apabila perkara ini terjadi, ia mungkin akan menyebabkan kenderaan anda kehilangan kuasa, dan mungkin akan mengganggu kawalan pemandu terhadap kereta tersebut.

Ini adalah lanjutan dari panggilan-panggilan semula berkenaan masalah sama terhadap model-model lain sebelum ini, yang turut melibatkan 5.84 kenderaan jenama Toyota di seluruh dunia.

Juga sama seperti sebelum ini, UMWT akan memberitahu kesemua pemilik kenderaan yang terlibat untuk mengatur kerja-kerja pembaikan tersebut di jaringan pusat servis mereka seluruh negara – ia akan dilakukan tanpa sebarang caj. Pemilik Toyota yang mahu mengesahkan status kenderaan mereka juga boleh menghubungi mana-mana pusat servis Toyota, atau hubungi talian bebas tol 1-800-TOYOTA (869682).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required