95% kereta klon adalah kereta scrap dari Singapura

95% kereta klon adalah kereta <em>scrap</em> dari Singapura

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa 95 peratus kenderaan klon yang dikesan menerusi operasi-operasi yang mereka jalankan adalah diseludup masuk dari Singapura, dan ia adalah dari kenderaan scrap yang sudah pun luput usia berdasarkan undang-undang negara tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib dalam laporan Sinar Harian, Singapura menetapkan kenderaan mempunyai had luput usia dengan kereta yang sudah berusia 10 tahun dianggap tidak selamat dan tidak layak dipandu di sana.

“Bila sampai tahap tempoh itu, kesemua kenderaan terpaksa dilupuskan. Apa yang mereka buat adalah sama ada kenderaan ini dibawa masuk dulu ke dalam negara kemudian baru cari pembeli atau cari pembeli terlebih dahulu.

“Sindiket ini sudah tentu ada rangkaian di sana (Singapura). Di sana ada orang dia dan di sini juga ada orang dia. Kalau tidak dia (sindiket) tidak boleh dapat kereta dari Singapura atau Thailand. Kemudian, sindiket akan mengambil gambar-gambar kenderaan yang diklon ini untuk tujuan mencari pembeli,” kata Nazli.

95% kereta klon adalah kereta <em>scrap</em> dari Singapura

Beliau turut menjelaskan setelah kenderaan klon ini tiba di Malaysia, kenderaan terbabit akan diparkir di kondominium atau parkir berbayar sehingga ada pembeli. Bila ada pembeli, sindiket kemudian akan meminta pelanggan datang ambil sendiri kenderaan itu di tempat yang ditetapkan.

“Selalunya pelanggan dan penjual tidak akan berjumpa. Semua urusan dilakukan secara online kerana sindiket sentiasa berhati-hati. Sindiket ini ada ahli yang mempunyai peranan masing-masing seperti runner dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Nazli turut menegaskan bahawa orang ramai yang mahu membeli kenderaan terpakai perlu tahu pemilik asal kereta tersebut dan memastikan sendiri ia telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputar (Puspakom) untuk diperiksa bagi memastikan jual beli mengikut prosedur yang betul.

“Kita sendiri pergi ke JPJ untuk cap jari. Pembeli dan penjual mesti memberikan cap jari. Jika jual beli kereta tanpa ada memberikan cap jari, itu tidak sah! Kita perlu berhati-hati dan ikuti sendiri proses pertukaran hak milik agar tidak tertipu,” kata beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required