PKP 3.0: Lapor polis jika ada jiran pulang ke kampung, rentas negeri tanpa kebenaran – Ketua Polis Perlis

PKP 3.0: Lapor polis jika ada jiran pulang ke kampung, rentas negeri tanpa kebenaran – Ketua Polis Perlis

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menasihatkan orang ramai agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa, lapor Bernama.

Menurutnya, maklumat sedemikian diperlukan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

“Polis Perlis juga akan tingkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu di kawasan perumahan… termasuk memperketatkan kawalan di sempadan negeri, stesen bas dan stesen kereta api,” katanya kepada agensi berita berkenaan hari ini.

Beliau memberitahu bahawa kadar pematuhan SOP di Perlis adalah tinggi iaitu 98 peratus. Mengulas berkenaan jumlah kenderaan yang dikesan bertambah di Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini pula, Surina berkata, jumlah kemasukan kenderaan ke negeri itu tidak serius iaitu sekitar lima peratus berbanding hari biasa.

PKP 3.0: Lapor polis jika ada jiran pulang ke kampung, rentas negeri tanpa kebenaran – Ketua Polis Perlis

“Peningkatan jumlah kenderaan berpunca daripada ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi sekitar negeri ini untuk pulang beraya di samping kemasukan penduduk dari Kedah yang berulang-alik bekerja di Perlis,” katanya.

Surina juga menasihati orang ramai agar mematuhi SOP Aidilfitri yang ditetapkan oleh kerajaan dan berada di rumah kecuali mempunyai urusan penting bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri hijau dan memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya akan melakukan rondaan pematuhan SOP Aidilfitri secara menyeluruh di sekitar Kangar bermula hari ini.

“Hari Raya nanti, kita akan ‘all out’ termasuk melakukan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Diharapkan agar orang ramai dapat terus memberi kerjasama dengan polis bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri ini,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required