Rapid KL ingatkan penumpang pengangkutan awam yang rentas daerah dan negeri bawa surat kebenaran

Rapid KL ingatkan penumpang pengangkutan awam yang rentas daerah dan negeri bawa surat kebenaran

Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan minggu lalu, bermula 10 Mei hingga 6 Jun pergerakan merentas daerah adalah dilarang sama sekali di seluruh negara tidak kira anda berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dengan arahan tersebut, mereka yang terpaksa merentas daerah mahupun negeri untuk ke tempat kerja perlu mendapatkan surat kebenaran dari majikan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membolehkan mereka melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang kini giat dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan arahan untuk tidak merentas daerah ini dipatuhi oleh orang awam.

Namun perlu diingat, surat tersebut bukan hanya diperlukan untuk melepasi SJR sahaja, malah mereka yang menggunakan pengangkutan awam juga perlu melampirkan surat berkenaan kepada penguatkuasa apabila di minta. Sehubungan itu, pengendali pengangkutan awam, Rapid KL mengingatkan penumpang yang menggunakan perkhidmatannya termasuk tren dan bas yang ke tempat kerja merentas daerah agar sentiasa membawa surat kebenaran berkenaan.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei lalu, pihak polis diarahkan bukan sahaja untuk melakukan SJR, malah turut perlu menahan orang awam yang cuba merentas daerah dan negeri menggunakan pengangkutan awam termasuk KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail dan juga E-Hailing.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required