PKP 3.0:11 Individu kena kompaun RM5,000 kerana rentas sempadan guna laluan tikus di Kemaman

PKP 3.0:11 Individu kena kompaun RM5,000 kerana rentas sempadan guna laluan tikus di Kemaman

Menerusi operasi yang dilakukan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kemaman di kawasan sempadan daerah Kemaman dan Cherating, Pahang, 11 individu yang dikesan merentas sempadan tanpa kebenaran melalui ‘laluan tikus’ telah dikompaun dengan jumlah RM5,000, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata operasi yang dilaksanakan itu bagi mengesan dan menghalang individu dari kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pahang daripada memasuki daerah Kemaman.

Menurut Hanyan, kesemua yang ditahan itu merupakan penduduk yang berada bersebelahan daerah Kemaman dan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk melakukan pergerakan rentas negeri ketika diperiksa, serta memberikan alasan-alasa klise seperti ingin mendapatkan juadah berbuka dan juga mahu membeli makanan ikan peliharaan.

“Kita mengesan penduduk Kampung bersebelahan ini sering menggunakan ‘laluan tikus’ terbabit untuk ke daerah Kemaman bagi mengelak sekatan jalan raya yang oleh PDRM yang terletak kira-kira 5 kilometer dari laluan tikus tersebut. Bila ditahan antara alasan yang diberikan hendak membeli juadah berbuka puasa di bazar dan sebagainya,” katanya

Hanyan turut menjelaskan bahawa kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kemaman untuk diambil keterangan sebelum diberikan kompaun sebanyak RM5,000.

Beliau turut berkata bahawa pihaknya akan mengetatkan kawalan di tujuh ‘laluan tikus’ di daerah berkenaan, dan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pergerakan rentas negeri sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak PDRM atau berhadapan dengan tindakan yang lebih tegas.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required