Rakyat Singapura berhutang lebih dari RM30 juta saman trafik kepada Polis Diraja Malaysia – JSPT

Rakyat Singapura berhutang lebih dari RM30 juta saman trafik kepada Polis Diraja Malaysia – JSPT

Rakyat Singapura berhutang lebih dari RM30 juta terhadap Polis Diraja Malaysia menerusi saman-saman trafik yang masih belum dilunaskan. Jumlah berkenaan adalah dari 108,798 saman yang telah dikeluarkan sejak tahun 2016 sehingga Mac tahun ini.

Menurut Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan oleh rakyat republik berkenaan di negara kita adalah melebihi had laju dengan jumlah 7,371 saman, atau 5.1% daru jumlah keseluruhan, lapor Kosmo.

Ia diikuti dengan memotong barisan (3,950 saman), tidak mematuhi papan tanda trafik (1,309 saman), tidak memakai tali pinggang keledar (1,309 saman) dan melanggar lampu isyarat merah (761). Saman-saman lain yang turut dicatatkan termasuk nombor pendaftaran fancy, kemalangan dan lampu brek.

Beliau menambah bahawa PDRM mempunyai kuasa untuk menahan rakyat Singapura yang mempunyai saman Pol.170A dan kemudian menukar status kepada notis saman Pol.257 bagi membolehkan mereka didakwa di mahkamah. Perbezaannya adalah saman Pol.170A tidak dikeluarkan secara bersemuka. Jika saman tersebut diberikan secara terus selepas mereka di tahan Polis, saman berkenaan adalah Pol.257.

Mohd Nadzri juga turut menambah bahawa rakyat Singapura yang mempunyai saman yang tidak berbayar juga boleh ditahan untuk keluar dari Malaysia. Jika mereka gagal untuk hadir di mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan.

Namun beliau memberitahu apa yang menjadi masalah adalah untuk menjejak pesalah-pesalah berkenaan berikutan ketiadaan alamat serta PDRM tidak mempunyai akses kerana luar dari bidang kuasa mereka – tanpa alamat, saman Pol.170A tersebut tidak dapat dihantar kepada pesalah.

Saman boleh dibayar secara atas talian dan juga menerusi kiosk-kiosk yang telah disediakan di Singapura, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian berdasarkan jumlah saman yang masih belum berbayar. Mohd Nadzri turut mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendaftarkan kereta-kereta dari luar ini menerusi sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC), yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Menurut beliau lagi dengan pendaftaran kenderaan-kenderaan dari luar ini, PDRM mampu mendapatkan maklumat berkenaan alamat seterusnya menghantar saman Pol.170A ini kepada rakyat-rakyat Singapura tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required