Volvo Car Malaysia umum Charles Frump sebagai pengarah urusan baharu, ambil tugas Nalin Jain

Volvo Car Malaysia umum Charles Frump sebagai pengarah urusan baharu, ambil tugas Nalin Jain

Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Charles Frump telah dilantik sebagai pengarah urusannya yang baharu. Frump menggantikan Nalin Jalin yang telah menyandang jawatan berkenaan dari 2019 sehingga 2020.

Sebelum bertugas di Malaysia, Frump sebelum ini merupakan pengarah urusan Volvo Car India yang dilantik bermula 2017. Beliau memulakan kerjayanya dengan Volvo bermula dengan pengarah pemasaran Volvo Car Japan pada 2009. Sehingga kini, Frump sudahpun berkecimpung dalam industri automotif selama dua dekad dalam pelbagai pasaran, merentas Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Beliau juga telah memegang pelbagai jawatan dalam bidang pemasaran, jualan, servis pelanggan dan pengurusan jaringan pada peringkat tempatan, serantau dan juga global.

“Saya teruja untuk memulakan babak baru perjalanan saya dengan Volvo di pasaran baru. Saya melihat Malaysia sebagai persimpangan kepada tempat-tempat yang pernah saya lalui, dan saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan tempatan secara individu untuk membina kekuatan kami,” kata Frump.

Frump bakal meneruskan tugas Jain untuk memantau keseluruhan operasi syarikat serta memacu visi elektrifikasi Volvo di Malaysia. Volvo merupakan jenama automotif pertama di Malaysia yang menawarkan varian plug-in hybrid (PHEV) untuk setiap modelnya, dengan pelancaran XC40 Recharge T5 R-Design pada Februari lalu bagi melengkapkan fasa peralihan berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required