EICMA 2021: Kawasaki Versys 650 2022 terima sistem kawalan cengkaman, panel instrumen TFT 4.3 inci

EICMA 2021: Kawasaki Versys 650 2022 terima sistem kawalan cengkaman, panel instrumen TFT 4.3 inci

Model touring Kawasaki Versys 650 kini diberikan peningkatan untuk model keluaran tahun 2022. Bagi aspek penampilan, perubahannya mungkin tidak begitu ketara, tetapi semua panel hadapan kecuali penghadang lumpur adalah baru dan menampilkan bentuk lebih tajam berbanding sebelum ini. Unit lampu hadapan juga adalah baru, dan kini menggunakan jenis LED.

Bersama dengan peningkatan ini, Kawasaki juga telah menyediakan penghadang angin yang boleh dilaras secara manual pada empat tahap, demi memberikan lebih keselesaan kepada penunggang. Di sebalik penghadang itu pula terdapat panel instrumen TFT baru bersaiz 4.3 inci.

Dalam keadaan asal, skrin ini boleh menunjukkan pelbagai informasi penting melalui paparan berwarna, dan ia juga boleh disambungkan kepada telefon bimbit secara bluetooth menggunakan aplikasi RIDEOLOGY. Sekiranya ada panggilan atau mesej, notifikasi akan dipaparkan pada skrin.

Sistem keselamatan motosikal ini juga telah dinaik taraf, dengan kini ia mendapat kawalan cengkaman KTRC. Dua mod disediakan pada sistem ini bagi membenarkan penunggang menyesuaikannya dengan tunggangan dan keadaan, dan ia juga boleh ditutup sepenuhnya jika mahu.

Bahagian lain Versys 650 masih dikekalkan sama, termasuklah enjin dua silinder DOHC 649 cc bersama kotak gear enam kelajuan, menghasilkan kuasa 649 cc dan 61 Nm tork. Suspensi menggunakan fork teleskopik 41 mm tanpa sebarang pelarasan di hadapan, dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang.

Selain daripada versi standard, Kawasaki Eropah juga ada menjual pelbagai aksesori untuk Versys 650 baru ini. Bagi menjadikannya lebih mudah, pemilik juga boleh mendapatkan pakej Tourer yang memberikan tambahan barang sepert beg tepi, lampu kabus, penghadang tangan, pemanas tangan dan pelapik tangki.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required