Lagi penunggang motosikal tendang cermin sisi kereta

Lagi penunggang motosikal tendang cermin sisi kereta

Nampaknya bukan setakat insiden sepak cermin sisi Porsche 911 sahaja yang dimuat naik hari ini di laman Facebook DashCam Owners Malaysia, tetapi ada juga satu lagi kejadian hampir sama. Kali ini yang menjadi mangsa adalah sebuah Kia Cerato.

Video yang bertarikh semalam (5 September 2022) itu menunjukkan Cerato putih yang berada di lorong tengah sewaktu dalam kesesakan trafik tersebut bergerak perlahan dengan kedudukannya sedikit rapat ke sebelah kanan, tetapi masih berada dalam lorong. Tiada lampu penunjuk arah yang menyala.

Secara tiba-tiba muncul seorang penunggang motosikal yang bukan setakat memecut laju, tetapi juga mengeluarkan kaki kiri dan menyepak tepat ke cermin sisi kereta tersebut. Terdapat serpihan yang bersepai di atas jalan dan kami rasakan cermin sisi itu bukan setakat terlipat ke belakang, sebaliknya pecah dan tercabut terus.

Tindakan ini dirasakan tidak wajar dan jika pun penunggang tersebut merasa terancam, beliau sepatutnya boleh memperlahankan motosikal dan membunyikan hon tanda amaran. Menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain juga merupakan satu kesalahan.

Sekali lagi ingin kami ingatkan, mencelah di antara kenderaan, atau dipanggil sebagai lane filtering bagi motosikal memang dibenarkan, tetapi ia tidak bermakna ruang sempit itu adalah hak mutlak penunggang sehinggakan kenderaan lain tidak boleh menukar lorong (meskipun secara selamat) dan mereka boleh memecut laju di laluan itu. Sama-samalah kita bertimbang rasa antara pengguna jalan raya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required