Superbike buat brek kecemasan untuk ikut konvoi sebabkan Nissan Almera ‘melambung-lambung’

Superbike buat brek kecemasan untuk ikut konvoi sebabkan Nissan Almera ‘melambung-lambung’

Ini merupakan kemalangan yang agak unik berlaku di Malaysia – pemilik akaun Facebook dengan nama John Kiew memuatnaik video menunjukkan sebuah Nissan Almera yang ‘melambung-lambung’ pada bahagian hadapan kerana melanggar bahagian tayar sebuah motosikal berkuasa tinggi; puncanya motosikal berkenaan berhenti secara tiba-tiba kerana baru perasan rakan-rakannya yang lain telah keluar dari lebuhraya menerusi satu susur!

Berdasarkan video berkenaan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, di persimpangan susur keluar ke Lebuhraya Elite yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Dapat dilihat superbike yang sedang menuju ke Kuala Lumpur memotong sebuah Nissan Almera tetapi ia perlahan secara tiba-tiba setelah melihat sekumpulan motosikal berkuasa tinggi lain keluar dari Lebuhraya berkenaan untuk masuk ke Lebuhraya Elite.


Akibatnya, bahagian hadapan Nissan Almera berkenaan ‘dilambung’ oleh tayar superbike terbabit yang sedang berputar. Dan selepas beberapa kali ‘melambung’, tayar belakang motosikal berkuasa tinggi berkenaan ‘tenggelam’ di dalam bampar hadapan Nissan Almera tersebut. Mujur motosikal itu tidak rebah dan menyebabkan kecederaan kepada penunggangnya.

Kesimpulannya, tak kira apa yang anda pandu atau tungguang, jika anda terlepas simpang atau susur keluar seperti ini, tolong, tolong, dan tolong jangan membuat perkara ‘bodoh’ seperti memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba atau cuba mengundur semula. Kalau dah jadi perkara seperti ini, ia bukan sahaja menyusahkan anda, ia akan turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Dan yang paling teruk mungkin ada yang sehingga kehilangan nyawa!

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required