Baik pulih eskalator dan kemudahan lain di fasiliti stesen Rapid Rail dijangka siap Feb hingga Jun depan

Selepas spot check yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke awal bulan ini, Rapid Rail Sdn Bhd selaku operator kepada perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang telah pun memaklumkan perkembangan terkini kerja-kerja baik pulih fasiliti di stesen- stesen rel kendaliannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu hari ini, kerja-kerja untuk membaiki eskalator kini sedang giat dijalankan selepas menerima alat ganti (fasa 1) pada awal Disember lalu. Alat-alat ganti berkenaan didakwa mengalami kelewatan penghantaran disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global.

“Dengan ketersediaan alat-alat ganti tersebut, kerja-kerja penggantian segera telah dijalankan oleh kontraktor pengilang pengeluar asal atau ‘original equipment manufacturer’ (OEM) secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Februari 2023.

“Setakat 15 Disember 2022, proses penggantian 20 unit handrail dan 3 unit stepchain di 10 stesen MRT telah disiapkan, dan eskalator di stesen-stesen berkenaan telah kembali beroperasi.

Baik pulih eskalator dan kemudahan lain di fasiliti stesen Rapid Rail dijangka siap Feb hingga Jun depan

“Sebagai langkah jangka panjang, Rapid Rail telah melaksanakan program penyelenggaraan berasaskan keadaan atau ‘condition based maintenance’ (CBM) di mana proses mengganti komponen yang dinilai akan rosak atau kerap bermasalah akan terus dilaksanakan tanpa menunggu jangka hayat tamat. Berdasarkan konsep CBM, pihak Rapid Rail telah membuat tempahan awalan yang mencukupi bagi menyokong program CBM,” jelas Rapid Rail dalam kenyataan berkenaan.

Bagi masalah kebocoran di 93 lokasi di stesen pula, Rapid Rail memaklumkan kerja-kerja membaik pulih di 21 lokasi di stesen LRT dan Monorel telah berjaya disiapkan dan bakinya akan diselesai secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.

“Bagi kerja-kerja baik pulih di stesen MRT, perbincangan bersama pihak MRT Corporation (MRTC) selaku pemilik aset telah dijalankan.

“Proses pembaikan di 22 lokasi kebocoran telah dilakukan dan pemantauan keberkesanan kerja-kerja baik pulih tersebut sedang dilaksanakan.

“Terdapat lokasi kebocoran yang memerlukan lebih masa untuk diselesaikan kerana pembaikan tersebut melibatkan modifikasi kepada struktur atap,” kata Rapid Rail.

Manakala masalah berkaitan pencahayaan di stesen-stesen pula, Rapid Rail memaklumkan buat masa sekarang kerja-kerja membaik pulih sistem pendawaian dan penggantian mentol yang bermasalah di stesen-stesen telah hampir selesai.

Syarikat berkenaan menyatakan bahawa ia telah menjalankan program pemeriksaan serta penyelenggaran berkala dan buat masa ini bilangan lampu yang tidak berfungsi adalah di bawah 1%. Manakala baki lampu yang masih tidak berfungsi merupakan kerosakan baru dan penggantian segera akan dilakukan.

Untuk lif pula, Rapid Rail mendakwa bahawa peratus ketersediaan operasi fasiliti lif di stesen LRT dan MRT buat masa sekarang berada pada tahap 99.00 peratus dan aktiviti penyelenggaran sentiasa dilakukan secara berkala bagi memastikan fasiliti yang disediakan untuk pengguna berada dalam keadaan yang baik.

Baik pulih eskalator dan kemudahan lain di fasiliti stesen Rapid Rail dijangka siap Feb hingga Jun depan

Rapid Rail juga memaklumkan untuk isu lif di stesen-stesen monorel pula, rekabentuk asal stesen monorel sememangnya tidak mempunyai fasiliti lif. Walau bagaimanapun, Prasarana telah mengambil inisiatif untuk menambah 18 unit lif dan 39 unit “wheelchair platform lift” ini untuk keselesaan orang awam.

Syarikat itu menjelaskan bahawa kerja-kerja menaik taraf fasiliti lif di monorel ini memerlukan penambahbaikan dari segi struktur dan juga melibatkan beberapa isu keselamatan yang perlu dibaiki. Projek naik taraf tersebut akan bermula pada suku pertama tahun 2023 dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan.

“Rapid Rail juga telah menghebahkan status terkini pembaikan fasiliti stesen menerusi paparan info grafik di media sosial sebagai maklumat kepada pengguna Rapid KL. Adalah menjadi misi Rapid Rail untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan awam melalui sistem jaringan rel dan fasiliti yang baik demi keselesaan dan keselamatan para pengguna,” tulis kenyataan yang itu.

Syarikat berkenaan turut meminta para pelanggan untuk menyalurkan sebarang cadangan atau maklumat mengenai kerosakan fasiliti stesen menerusi email ke [email protected] atau berhubung terus menerusi platform media sosial Rapid KL.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required