Polis Manjung cari tiga penunggang motosikal langggar lampu merah dan hampir dilanggar lori

Semalam tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang hampir dilanggar sebuah lori ketika mula untuk ‘beradu kelajuan’ di satu persimpangan berlampu isyarat.

Dalam video tersebut dapat dilihat tiga buah motosikal mula memecut ketika lampu isyarat masih lagi merah. Namun sebaik sahaja ketiga-tiga penunggang berkenaan berlepas, terdapat sebuah lori dari arah kiri sedang cuba untuk melepasi persimpangan berkenaan disaat-saat akhir sebelum lampu bertukar merah.

Ini menyebabkan lori berkenaan terpaksa membuat brek kecemasan – ia berpusing dan hampir melanggar dua orang dari tiga orang penunggang motosikal tersebut.

Susulan tularnya video berkenaan, pihak Polis Daerah Manjung, Perak mengeluarkan kenyataan mengesahkan kesemua yang terlibat dalam insiden yang berjaya dirakam berkenaan telah dikenalpasti dan akan dipanggil ke IPD Manjung.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Bin Sappi dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat Kg. Acheh, Seri Manjung. Satu laporan polis telah dibuat pada 4 Januari jam 8.44 malam bagi memulakan siasatan terhadap kejadian itu.

“Kejadian berlaku pada 3 Januari 2023 jam lebih kurang 4.50 petang. Seorang pemandu lori dan 3 orang penunggang motosikal yang berumur dalam lingkungan 18 tahun sehingga 30 tahun telah dikenalpasti dan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk membantu siasatan,” kata Nor Omar dan menambah kes ini disiasat di bawah Peraturan 17 LN 167/59 bagi kesalahan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu agar menyalurkannya kepada pihak polis menerusi pegawai penyiasat trafik Inspektor Muhammad Asyraf Henry Bin Philip di talian 016-5572540.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required