Polis buru suspek cubaan samun di Lebuhraya Kesas

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan pihaknya kini sedang memburu empat lelaki yang disyaki menyerang sebuah kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) arah ke USJ dalam satu cubaan samun awal pagi tadi.

Menurut Wan Azlan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pada jam 1.37 pagi tadi dari
pengadu yang bekerja sebagai juruteknik, berusia 36 tahun mendakwa beliau hampir disamun empat lelaki tidak dikenali dengan bersenjatakan kayu, laporan Berita Harian.

“Dalam kejadian ini, seorang suspek yang menunggang motosikal telah menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu pengadu. Suspek kemudiannya bertindak menghayunkan kayu ke arah cermin pada sisi kiri kenderaan pengadu sehingga pecah,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati tiga lagi suspek dalam kejadian itu dipercayai menaiki sebuah kereta. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dilakukan. Pada masa sama, kita mohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya sambil menambah maklumat berkaitan itu boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Liew Wai Leong di talian 014-6884167 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Menerusi perkongsian di laman X, @nafasafiqah berkata, keluarga mentuanya hampir disamun kumpulan lelaki bersenjata selepas mengisi minyak di kawasan itu.

“Suspek bersenjatakan parang dan cota. Lebih kurang empat suspek yang terlibat. Seorang bermotosikal dan lagu tiga orang menaiki kereta. Nombor plat kereta dan motosikal tak nampak,” katanya yang turut berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dan beberapa keping gambar kenderaan Toyota Estima yang mengalami kerosakan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required