Honda HR-V Mugen diperkenalkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) tahun ini, dengan PT Honda Prospect Motor (HPM) kini membuka tempahan untuk model edisi khas tersebut. Ia ditawarkan pada harga 579 juta rupiah, bersamaan kira-kira RM133,000, menjadikannya sekitar 18.4% lebih mahal berbanding HR-V RS e:HEV yang menjadi asasnya.
Dengan harga tersebut, HR-V Mugen hadir bersama pakej aksesori khas daripada Mugen. Antaranya termasuk spoiler bawah pada bampar depan dan belakang, skirt tepi, spoiler belakang serta penutup cermin sisi dengan kemasan gentian karbon. Model ini turut menerima pelekat Mugen pada bahagian sisi dan emblem Mugen pada pintu but.
Di bahagian belakang, terdapat muncung ekzos Mugen RS Sport yang menjadi antara ciri utama edisi ini. Honda turut melengkapkannya dengan door visor berjenama Mugen serta beberapa lencana berwarna hitam yang menampilkan nama Mugen, HR-V dan sistem kuasa e:HEV.
Ruang kabin pula menerima beberapa sentuhan tambahan yang lebih eksklusif. Antaranya ialah karpet lantai Mugen, selain scuff plate berjenama Mugen pada bahagian bukaan tepi pintu depan dan belakang.
HR-V Mugen hanya ditawarkan dengan warna luaran Platinum White Montone. Menurut laporan Kompas, pelanggan yang membuat tempahan perlu menunggu sekitar dua bulan sebelum menerima kereta masing-masing.
Menariknya, Honda tidak menetapkan had jumlah pengeluaran untuk HR-V Mugen ini. Pengarah jualan dan pemasaran HPM, Yusak Billy, berkata sebanyak empat tempahan telah diterima setakat 4 Ogos lalu.
Dari segi mekanikal, tiada sebarang perubahan dilakukan pada sistem hibridnya. HR-V Mugen masih menggunakan enjin petrol empat silinder sebaris 1.5 liter NA dengan kitaran Atkinson yang menghasilkan 106 PS dan 127 Nm. Enjin ini boleh disambungkan terus kepada roda melalui transmisi E-CVT, tetapi dalam kebanyakan keadaan ia bertindak sebagai generator untuk mengecas bateri.
Kuasa utama datang daripada motor elektrik yang menghasilkan 131 PS dan 253 Nm. Dengan penambahan kit badan serta aksesori Mugen, HR-V Mugen tampil lebih agresif berbanding varian RS e:HEV biasa, namun prestasi dan sistem kuasa hibridnya kekal sama. Buat masa ini, model ini hanya ditawarkan untuk pasaran Indonesia.










Honda HR-V
dari RM115,900
Honda WR-V
dari RM94,900
Honda Prelude
dari RM278,000
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda City
dari RM84,900