PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa lencongan trafik sedang dilaksanakan di KM13.60 hingga KM14.35 (kedua-dua arah), antara Damansara – Shah Alam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) bermula hari ini hingga 9 Februari 2027.
Menurut syarikat konsesi lebuh raya tersebut, lencongan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja projek jejantas pejalan kaki melintasi lebuh raya serta kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak Pinnacle Homes AD Sdn Bhd (PHADSB).
Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terlibat. Dapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS, X @plustrafik dan media sosial rasmi PLUS. Sekiranya berlaku kecemasan, hubungi PLUSLine di 1-800-88-0000.








