Audi cuba untuk terus kekalkan produksi enjin 5-silinder; beberapa modifikasi perlu dibuat untuk lulus ujian emisi

The inline five-cylinder engine in the RS 3 competition limited outputs 294 kW (400 PS) and 500 Nm from 2.5 liters of displacement. This ensures the model to accelerate from 0 to 100 km/h in 3.8 seconds and reach a top speed of 290 km/h.

Enjin generasi terkini lima-silinder Audi dengan kod EA855 tidak akan melepasi ujian emisi lebih ketat Euro 7 yang bakal berkuatkuasa di negara-negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) bermula November tahun ini. Namun bagi Audi, enjin lima-silinder adalah antara identiti jenamanya dan ia perlu terus kekal ditawarkan dalam pasaran. Oleh itu, Audi dilaporkan akan melakukakan beberapa modifikasi terhadap enjin ikonik tersebut agar ia terus kekal relevan.

“Kami sedia maklum tentang makna sejarah [enjin] lima-silinder. Penilaian masih dijalankan, dan orang yang mengenali saya tahu bahawa saya juga mempunyai hubungan peribadi dengan enjin lima-silinder. Ia sangat berkarekter dan berakar umbi dalam sejarah – jadi mari kita lihat,” kata pengarah urusan Audi Sport, Rolf Michl dalam laporan Autocar.

Antara modifikasi yang mungkin akan dibuat pada enjin tersebut termasuk perubahan pada penapis-penapis, penderia-penderia yang berkaitan dengan emisi, sistem suntikan bahan api dan pelbagai pemangkin serta penambahan bantuan elektrifikasi.

Buat masa sekarang enjin EA855 2.5 liter lima-silinder sebaris dengan pengecas turbo berkenaan digunakan pada model Audi RS3, termasuk versi terbaharunya RS3 Competition Limited. Enjin tersebut turut dibekalkan kepada satu lagi jenama di bawah Volkswagen Group iaitu Cupra, untuk model Formentor VZ5.

Menurut Michl, RS3 merupakan model kompak berprestasi tinggi yang memainkan peranan penting sebagai kereta paling mampu milik dalam barisan Audi RS. Beliau yang turut bertanggungjawab dalam pembangunan tiga generasi model RS3 dengan enjin lima-silinder sebelum ini juga mengesahkan bahawa pengganti kepada unit rangkakaian kuasa tersebut masih belum diputuskan kerana rundingan masih dijalankan dalam Audi.

Audi mula memperkenalkan enjin lima-silinder sebaris menerusi model Audi 100 pada tahun 1976. Namun ia benar-benar menjadi identiti terhadap model-model prestasi Audi selepas model berkenaan dijelmakan sebagai kereta rali Audi Quattro yang membuat penampilan pertamanya dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) pada 1981, di mana enjin kereta rali yang disuap dengan pengecas turbo berkenaan menghasilkan alunan bunyi unik yang sentiasa diingati oleh peminatnya.